Seorang Dari Mereka Bertiga Khianat & Gagalkan Komplot Guling Najib, Kata Mahathir

BENARKAH bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad gagal membezakan diantara pengkhianat dan dikhianati? Sebenarnya kita semua tahu dengan jelas bahawa Mahathir amat maklum dengan maksud setiap perkataan tersebut memandangkan beliau merupakan dalang disebalik gerakan untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Cuma kita benar-benar terkilan dengan sikap beliau yang hilang nilai patriotik untuk memperjuangkan kepentingan rakyat. Selain daripada itu juga, beliau tanpa segan silu mempamerkan “belang” pengkhianatan dengan bekerjasama dengan musuh negara, musuh orang Melayu dan musuh Islam iaitu DAP.

Baru-baru ini, Mahathirmendakwa bahawa tiga pegawai tinggi kerajaan yang dituduh bersubahat untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Razak telah “dikhianati”.Jika tidak, kata Dr Mahathir, Najib sudah berdepan dengan tindakan pihak berkaitan di negara ini, seperti yang dilapurkan oleh Malaysiakini yang merupakan lidah pembangkang. Adakah pemerintahan Mahathir selama 22 tahun mewajibkan kita percaya kepada pembohongan beliau?

Kebenaran tetap memerlukan fakta. Pembohongan juga akan dapat ditangkis dengan fakta. Dalam zaman maklumat dihujung jari anda, putar belit fakta yang menjadi “mainan” Mahathir sudah tidak memberi kesan yang besar sebagaimana yang beliau mahukan lagi.

Banyak fakta yang berasas telah didedahkan oleh blog Malaysia Today. Menurut beberapa sumber, pendedahan tersebut mempunyai bukti kukuh. Malahan pihak Mahathir dan sekutu mereka tidak mampu membuktikan bahawa dakwaan tersebut palsu.

Pada bulan Julai 2015, Pasukan Petugas Khas yang terdiri daripada Bank Negara Malaysia (BNM), Jabatan Peguam Negara (JPN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat Deloitte (juruaudit 1MDB) dan merampas akaun dan dokumen 1MDB, yang pada asasnya menabur pasir dalam kerja dan mengagalkan proses rasionalisasi dan pengurangan hutang. Adakah dakwaan ini palsu? Sudah tentu ianya tidak palsu. Ini sekadar contoh yang kita namakan fakta.

Apakah tindakan yang berniat jahat untuk menggulingkan kerajaan dengan mengubah fakta untuk “menganiaya” perdana menteri dianggap sebagai satu tindakan yang betul? Siapakah yang ingin Mahathir perbodohkan sebenarnya?

Sebelum ini Khairul Azwan menuduh bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail terbabit dalam konspirasi menjatuhkan kerajaan Malaysia. Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Ketiga-tiga mereka disyaki memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI). Ketika diminta mengulas Zeti enggan memberi sebarang komen terhadap dakwaan Khairul Azwan sebaliknya memberitahu beliau akan mendapatkan khidmat peguam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana