PRIBUMI akan jadi punca perbalahan PH berebut kerusi...Kita TUnggu Dan Lihat

PRIBUMI akan menjadi punca pergelutan dalam Pakatan Harapan dalam isu pembahagian kerusi.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ini kerana PKR, DAP dan PAN tidak sesekali akan memberi kerusi yang dipegang kepada parti yang baru sahaja wujud beberapa bulan.

“Lebih elok kalau PRIBUMI bertanding di semua kawasan, kita nak tengok siapa nak lawan dengan kita, tapi semua kerusi UMNO hari ini pun majoritinya Melayu dan ditandingi oleh PKR, ditandingi oleh PAS, PAN pun sama, jadi PKR mesti nak pertahankan kerusi dia sebab dia yakin boleh menang.

image“Jadi adakah mereka nak rebut kerusi yang sama? PKR takkan bagi laluan mudah sebab mereka jangka boleh menang, mereka dah kerja sejak PRU lepas, tiba-tiba nak bagi pada parti yang ditubuhkan pada parti yang baru 3 4 hari,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penganugerahan Syarikat dan Koperasi Terbaik tahun 2015 di Ampang, Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi PRIBUMI, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan parti baharu itu kini sedang mengintai beberapa kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-14, termasuk di kawasan PAS dan PKR.

Kata Muhyiddin, rundingan bersama parti berkenaan akan diadakan sebaik sahaja pendaftaran parti PRIBUMI diluluskan.

“Saya percaya mereka akan bergaduh sekali lagi dan akhirnya menjadikan pertandingan lebih 2 penjuru. Lihat di Kuala Kangsar, Sungai Besar dan Sarawak, peluang akan lebih kepada UMNO,” ujar Ismail lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana