Polis siasat kes cabul di sekolah agama milik pendakwah terkenal

Polis mengesahkan menerima laporan mengenai dakwaan pencabulan seksual di sebuah maahad tahfiz di Perak yang dimiliki seorang penceramah bebas terkemuka.

Ketua Polis Ipoh Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata setakat ini pihaknya mengambil keterangan daripada 10 individu termasuk pelajar, pengadu dan pihak sekolah terbabit.
“Memang ada laporan dibuat dan polis sedang menjalankan siasatan dan akan melengkapkannya secepat mungkin.

“Dalam hal ini kita kena berhati-hati dan teliti serta menjaga semua aspek,” katanya kepada pemberita pada majlis Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Polis Diraja Malaysia Negeri Perak.

Rahim diminta mengulas mengenai viral menerusi WhatsApp baru-baru ini mengenai beberapa pelajar baharu di maahad tahfiz berkenaan yang dikatakan dicabul selain berlaku seks luar tabii.

Rahim berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 377E iaitu merangsang seorang kanak-kanak (bawah 14 tahun) untuk melakukan sesuatu perbuatan kelucahan melampau yang membawa hukuman penjara sehingga 5 tahun dan sebatan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin berkata pihaknya membuat lawatan ke mahaad tahfiz berkenaan beberapa hari lalu.
“Dalam lawatan itu, pegawai JAIPk menemu ramah beberapa pelajar,” katanya.

Yusop berkata walaupun berdaftar dengan JAIPk, segala urusan pentadbiran termasuk pengambilan pelajar dikendalikan sepenuhnya oleh maahad tahfiz berkenaan kerana ia merupakan institusi swasta.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana