PM ziarah hero filem Bukit Kepong...

Setiap kali bulan kemerdekaan, ketika filem Bukit Kepong ditayangkan di kaca TV, ramai yang terpesona dengan lakonan mantap Tan Sri Jins Shamsuddin.
Bukit Kepong merupakan cerita perjuangan pasukan polis dan masyarakat tempatan di Bukit Kepong, Johor melawan komunis pada tahun 1950.
Kemuncak pertempuran berlaku pada 23 Februari di balai polis Bukit Kepong yang mempunyai 18 orang anggota.
Filem ini menggambarkan semangat waja yang ditunjukkan oleh pasukan polis, walaupun mereka diserang oleh 180 orang pengganas komunis, tetapi mereka tetap berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir untuk mempertahankan negara.
Jins Samsudin merupakan pengarah filem sekaligus hero iaitu Sarjan Jamil.
Siapa lupa dialog popular Sarjan Jamil ketika dikepung komunis.
"Kami Orang-Orang Polis Tidak Akan Menyerah Diri....!!! Biar Kami Mati Di Sini.. Malaysia Menjadi Tanah Kubur Kami.."
Pada Selasa dalam sibuk dengan jadual tugas seharian, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menziarahi Jins Shamsuddin di kediaman pelakon veteran itu di sini petang tadi.
Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Negara yang kini mengalami penyakit Alzheimer dan mengalami keuzuran sejak beberapa tahun lalu.
"Tan Sri (Jins) juga tokoh seni negara yang amat saya hormati, saya dahulu membesar bersama karya-karya beliau. Beliau kini mengalami penyakit Alzheimer. Sama-sama kita doakan agar beliau sentiasa dalam lindungan Allah SWT," kata Najib dalam status di media sosialnya hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana