PErghhhh!!! Razak diarah tutup mulut isu Paya Indah Wetlands

SHAH ALAM: Seorang pegawai khas Exco Selangor, Abdul Razak Ismail enggan memberi sebarang komen mengenai permohonannya kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) untuk menyiasat isu Paya Indah Wetlands.

Katanya, beliau mendapat arahan supaya tidak mengulas lanjut perkara berkenaan, namun tidak mahu mendedahkan pihak yang mengeluarkan arahan itu.

"Saya tak boleh beri komen, saya dilarang untuk bercakap dengan media buat sementara waktu ini kerana ada konflik dengan tugasan.

"Saya tak boleh nak bagi tahu (siapa yang keluarkan arahan)," katanya ringkas kepada Antarapos.

Razak merupakan pegawai khas kepada Datuk Teng Chang Khim yang merupakan Exco Pelaburan, Perindustrian IKS serta Perdagangan dan Pengangkutan.

Jumaat lalu, Razak melalui posting laman Facebooknya mendakwa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) membuat kesilapan ketika meluluskan pengezonan semula lot tanah 68054 milik Paya Indah Wetlands.

Jelas beliau, kesilapan MMKN adalah terlepas pandang bahawa lot tanah tersebut adalah sebahagian daripada milik Paya Indah Wetlands.

Beliau meminta SELCAT memanggil sidang khas bagi membincangkan 'kesilapan' itu.

Dakwaan Razak itu dikecam oleh beberapa pihak yang melihatnya sebagai serangan terhadap kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Mohamad Azmin Ali.

Isu berkenaan mula didedahkan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin tetapi exco bertanggungjawab Elizabeth Wong menafikan bahawa kerajaan negeri melakukan pelengkungan semula sebidang tanah pertanian di Paya Indah Wetlands.

Sebaliknya beliau menjelaskan lot yang dinyatakan oleh Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard itu adalah milik sebuah syarikat swasta.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana