Pergelutan kuasa dalam PRIBUMI punca Tamrin tarik diri?

Sikap pemimpin kumpulan pro Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengabaikan peranan anak bekas timbalan perdana menteri, Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar dikatakan menjadi punca beliau membatalkan niatnya menyertai parti politik baharu, PRIBUMI.

TamrinIni kerana sumber memberitahu, Tamrin tidak dijemput dalam satu mesyuarat yang diadakan sebelum penubuhan PRIBUMI.

Namun, perkara itu tidak dinyatakan sebab dan alasan mengapa beliau tidak dijemput dalam mesyuarat tersebut.

Berikutan itu, sumber turut menjelaskan bahawa Tamrin telah berkecil hati sekaligus membuat keputusan untuk menarik diri dari Seketariat Deklarasi Rakyat yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sumber juga tidak menolak sudah timbul perebutan jawatan tertinggi dalam parti itu, dimana ada pemimpin yang cuba melobi diri mereka dalam hierarki parti tidak dilantik.

Tamrin dalam masa yang sama turut mengesahkan bahawa beliau juga tidak akan menyertai parti baru yang sedang diusahakan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Usaha portal BNBBC.my menghubungi dan mendapatkan komen Tamrin juga gagal apabila tidak menjawab sebarang panggilan telefon dan pesanan khidmat ringkas.

Bekas ahli PAS itu sebelum ini merupakan antara individu yang memainkan peranan dalam Deklarasi Rakyat, malahan menjadi seketariat.

Beliau sebelum ini pernah menjadi Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), pernah bersama Barisan Nasional (BN) dan menjadi ahli parlimen Batu Berendam dibawah parti itu selama 10 tahun.

Pada 2012, anak kedua Tun Ghafar Baba itu kemudiannya bersama PAS dan selepas tiga tahun, beliau meninggalkan parti Islam itu.

Keputusan untuk meninggalkan PAS didakwa kerana beliau dilaporkan mula tidak senang dengan parti Islam itu sejak kemelut pelantikan menteri besar Selangor yang menyaksikan pertembungan antara parti berkenaan dengan Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, bekas naib ketua UMNO bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pada 5 Ogos lalu mengeluarkan kenyataan tidak berminat menyertai parti baharu PRIBUMI kerana mahu berjuang sendirian diluar parti tanpa mengunakan pentas politik.

Bagaimanpun kenyataan beliau menimbulkan tanda tanya wujudnya hubungan keruh antara Muhyiddin dan Khairuddin berhubung penubuhan parti baharu.

Khairuddin juga berjanji akan mengadakan sidang medianya pada 10 Ogos untuk menerangkan perkaras sebenar, bagaimanapun dibatalkan niatnya itu apabila Dr Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung Negara menjalani rawatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana