Pengaruh Azmin dalam PKR semakin merosot... gagal singkir Chegubard

Apakah tindakan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali yang rapat dengan kumpulan Tun Mahathir Mohamad menyebabkan pengaruhnya dalam PKR semakin merosot...?
Ini mengambil kira kegagalan kumpulan pro Azmin dalam PKR untuk mempengaruhi Jawatankuasa Disiplin parti itu menyingkirkan bekas Ketua Cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin yang mengisytiharkan perang terhadap Azmin sejak pemilihan PKR 2013.
Badrul yang kini digantung keahlian merupakan antara pengasas PKR dan 'bermusuh' dengan Azmin.
Azmin sebelum ini menang jawatan nombor dua dalam PKR selepas mengalahkan Tan Sri Khalid Ibrahim dan Datuk Saifuddin Nasution dalam pemilihan terakhir parti itu.
Umum mengetahui Saifuddin membentuk pasukan bersama Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli.
Azmin dan kumpulannya menang namun tidak memiliki majoriti kerana ada kuasa Presiden melantik Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu.
Akhir-akhir ini Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan kebimbangan beliau mengenai pemimpin parti yang rapat dengan Gerakan Selamatkan Malaysia pimpinan Mahathir.
Azmin merupakan penyokong kuat gerakan tersebut walaupun mendapat tentangan daripada ramai pemimpin lama parti itu.
Mungkin kerana itu, Badrul yang status ahlinya masih digantung dijadikan 'hujung tombak' untuk menekan Azmin.
Tidak hairanlah walaupun sering keluar TV kritik Azmin, Badrul masih kekal sebagai ahli seumur hidup PKR, walaupun ada usaha daripada Jawatankuasa Disiplin parti itu hendak menggugurkannya kerana dikatakan telah melanggar etika.
Badrul menjelaskan perkara itu kepada media bahawa, Jawatankuasa Disiplin PKR gagal mendapat sokongan dua per tiga daripada ahli Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) untuk memecatnya dari parti.
"Status keanggotaan saya dalam PKR memang dalam pengetahuan saya setelah dimaklumkan oleh beberapa teman anggota MPP.
“Mereka (MPP) memaklumkan menerusi aplikasi Whatsapp, bahawa 'kartel Azmin' cuba mengajak anggota MPP lain untuk menyatakan sokongan dengan membuat Pekeliling Resolusi MPP bagi membolehkan keahlian saya dipecat.
"Malangnya mereka gagal memperoleh sokongan majoriti bagi memecat keahlian saya," katanya pada sidang media di Dewan Restoran Amjal, Kuala Lumpur Selasa.
Khamis lalu, Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul mengesahkan parti itu akan mengadakan perbincangan bagi memutuskan status ahli yang digantung, Chegubard dalam masa terdekat.
Beliau dilaporkan berkata, mesyuarat Jawatankuasa Displin yang akan diadakan beberapa hari lagi bakal membincangkan beberapa isu termasuk kemungkinan pemecatan Chegubard.
Menurutnya, keputusan sama ada keahlian Chegubard digugurkan atau sebaliknya akan diputuskan oleh MPP, bukan Biro Politik parti itu.
Jelas Chegubard, majoriti anggota MPP tidak setuju keahliannya digugurkan kerana beliau tidak menyerang parti, tetapi mempertikaikan perlakuan salah pemimpin yang merosakkan PKR.
Katanya, beliau pasrah dalam perihal status keanggotaannya, tetapi saya percaya teman-teman PKR tidak mahu menghantar mesej kepada umum bahawa PKR tidak jauh beza dengan lawan politiknya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana