Penganjur #TangkapMalaysianOfficial1 Diminta Protes Di Tempat Lain

PUTRAJAYA: Penganjur perhimpunan #TangkapMalaysianOfficial1  telah diminta supaya tidak mengamalkan cara pemikiran rimba dan menghormati hak pihak lain.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, ketika mendokong hak seseorang dan kebebasan mengadakan perhimpunan secara aman, setiap individu itu juga perlu menghormati hak pihak lain.

"Saya yang membentangkan Akta Perhimpunan Aman dan setuju bahawa setiap orang berhak untuk melakukan protes secara aman.

"Kita hidup dalam masyarakat bertamadun dan perlu menghormati hak orang lain. Jika pemilik Dataran Merdeka (DBKL) tidak benarkan perhimpunan diadakan di situ, mereka perlu mencari lokasi lain.

"Tentu sekali kami tidak suka jika saya tampar kamu sambil berkata saya berhak melakukannya. Tentu sekali kami tidak mahu saya melakukan protes di depan rumah kamu dan menggunakan alasan yang sama," katanya pada Selasa.

Mengenai perancangan  untuk mengadakan perhimpunan pada 27 Ogos, Nazri berkata, ada lokasi lain yang boleh digunakan untuk melakukan protes secara aman itu dan bukannya di Dataran Merdeka sahaja.

"Kamu boleh menganjurkan perhimpunan aman kerana undang-undang membenarkannya.

"Tetapi, kami perlu mendapatkan kebenaran pihak polis, selain persetujuan pemilik tanah atau premis. Ianya mudah sekali dan  jika mereka tidak setuju, cari lokasi lain," katanya.

Sebelum ini, polis telah memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap penganjur perhimpunan #TangkapMalaysianOfficial1 jika mereka gagal mengemukakan permohonan rasmi mengenainya dalam tempoh 10 hari sebelum ia diadakan.

Gabungan kumpulan pelajar mengumumkan perhimpunan itu akan diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu ini dan menyasarkan kehadiran 10,000 orang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana