Pandai pun tak guna jika tidak setia... - Najib

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menarik satu garis yang jelas bahawa bagi beliau tiada guna kepandaian namun tidak setia kepada parti.

Jelasnya kesetiaan kepada UMNO merupakan nilai yang perlu diletakkan di tempat paling tinggi dalam kalangan anggota dan pemimpin parti.

Perdana menteri berkata sehebat manapun anggota dan pemimpin UMNO, namun tanpa nilai kesetiaan, mereka akan hanya memikirkan mengenai kepentingan peribadi masing-masing dan bukannya memperjuangkan agenda parti.

“Kita boleh cari orang pandai, kelulusan tinggi, tetapi kalau tidak ada nilai kesetiaan, apa guna kelulusan yang berjela-jela.

“Kalau tidak ada nilai kesetiaan, apabila matlamat peribadi kita tidak tercapai, bila cita-cita peribadi tidak kesampaian, kesetiaan tidak lagi menjadi pegangan,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sungai Petani Ahad.

Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani Datuk Abdul Rahim Saad.

Najib berkata UMNO selama ini berdiri kukuh bukan kerana seseorang individu, sebaliknya di atas semangat perjuangan anggotanya dalam memartabatkan agama, bangsa dan negara.

“Parti ini bukan ‘one man show’, pendapat seorang sahaja kena terima, itu bukan demokrasi … kenalah dengar pendapat majoriti dalam parti, kalau parti dah buat keputusan tetapi tidak selari dengan kehendak kita, kita kena terima,”katanya.

Menjadikan Ahmad Bashah sebagai contoh anggota parti yang setia, Najib berkata figura itu sebelum ini sanggup memberi laluan kepada Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai menteri besar Kedah walaupun ketika itu beliau merupakan pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

“Beliau tidaklah merajuk walaupun kena turun jadi timbalan pengerusi (badan perhubungan UMNO negeri), tidak ada masalah, dia buat kerja, tidak melawan tauke, tidak pergi merata tempat mengutuk presiden parti, jauh sekali menubuhkan parti baharu … dia terima dengan hati tenang,” katanya.

Dalam pada itu, perdana menteri berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) Kedah kekal kukuh dengan sokongan padu rakyat walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran.

“Dengan perkembangan yang berlaku di negeri Kedah kebelakangan ini dan di peringkat nasional menampakkan bahawa Kedah tidak terjejas malah semangat UMNO Kedah semakin kuat dan semakin bersungguh-sungguh dalam menjamin bahawa bumi jelapang padi ini akan kekal dalam tangan UMNO dan BN,” katanya.

Bagaimanapun, katanya anggota UMNO perlu lebih berdedikasi dan tidak lalai dalam perjuangan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang khususnya dalam mendaftar pengundi baharu.

Perdana Menteri berkata, selain setia Jaib turut menekankan soal dedikasi dan menghayati perjuangan sebenar UMNO.

"Apabila disebut dedikasi, ia bermakna kita tak boleh 'loy' (leka atau lalai) dalam perjuangan kerana dengan semangat dedikasi kita akan jadi ahli dan pemimpin yang komited kepada tugasan dan perjuangan.

"Kita perlu lihat kepada soal dalaman dahulu, harus bertanya pada diri kita apakah nilai perjuangan yang perlu kita jadikan sebagai darah daging dan bagaimana ia boleh dibudayakan untuk memastikan kita sebagai pemimpin UMNO mendapat keyakinan rakyat secara rasmi," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana