Orang Lain Yang Buat Masalah Tapi Najib Razak Yang Kena Tanggung – Johari Abdul Ghani

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani menggelarkan semua pihak pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai ‘mangkuk hayun’ kerana mencipta masalah, tetapi yang terpaksa menanggung akibat adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Akibat mereka gagal untuk menguruskan urusan dengan cemerlang dan cekap, maka akibat daripada kegagalan tersebut segala masalah telah dikaitkan dengan perdana menteri. Masalah tersebut mencemarkan serta mencalarkan kredibiliti Najib sebagai perdana menteri. Beliau sangat kecewa dengan kegagalan itu.

“Yang sebenarnya, semua yang di dalam pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah mereka yang tidak bertanggungjawab. Semuanya mangkuk hayun. Ini sebenarnya berkaitan bisnes dan apabila dalam bisnes, sudah tentulah ada jawatan-jawatan penting untuk menggerakkan bisnes tersebut.

“Mereka semua dibayar gaji yang besar dan sepatutnya tahu menjalankan operasi bisnes seperti yang diharapkan.

“Kalau bisnes bagus, sudah pastilah orang-orang berjawatan ini akan mendabik dada tetapi bila dah lingkup, tak ada pula yang nak bertanggungjawab sehingga Najib yang terpaksa menghadapi semua permasalahan,” katanya..

Susulan masalah tersebut, kini 1MDB terpaksa menunggu keputusan daripada hasil siasatan. Menyedihkan apabila pihak yang sepatutnya bertanggungjawab tetapi telah lepas tangan… Yang terpaksa menanggung beban adalah perdana menteri, Najib Razak.

Johari sangat mementingkan maruah daripada mahu melindungi orang yang salah… Beliau menafikan tuduhan pihak tertentu yang kononnya mendakwa, beliau hanya sekadar mahu melindungi Najib. Bukti pun takde, tiba-tiba nak cakap yang Najib bersalah, patut ke??

Pastinya Johari lebih tahu apa sebenarnya yang Najib lakukan… Ahli-ahli dan pemimpin UMNO pastinya kenal benar dengan keperibadian Najib. Sebab tu dorang mempertahankan bahawa Najib tidak bersalah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana