'Menjerit' kepada media perangai Azmin, kata Chegubard

SHAH ALAM: Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin pulang batu buah keras apabila menyindir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali pernah ‘menjerit’ kepada media ketika mengkritik Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai kronisme dan nepotisme.
"Menjerit kepada media ini adalah perangai dia (Azmin) yang ajar. 
 
"Kita tidak lupa lepas pilihan raya umum dia 'jerit' kepada media dia kata Kak Wan amal kronisme dan nepotisme di dalam menguruskan parti," katanya kepada Antarapos hari ini, mengulas sindiran Azmin terhadapnya.
 
Terdahulu pagi tadi, Azmin menyindir Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegubard yang dakwanya suka 'menjerit' kepada media bagi mengkritik kerajaan negeri pimpinannya.
 
Chegubard kini giat membongkar isu berhubung penukaran status tanah di kawasan Paya Indah Wetlands. 
 
Ujar Azmin, mana-mana pihak yang mempunyai bukti berkait salah ubah status tanah di kawasan tadahan air itu perlu menyerahkannya kepada pihak berkuasa dan bukannya menggunakan media untuk melontarkan kritikan. 
 
Dalam pada itu tambah Chegubard, Azmin kini berada dalam keadaan tertekan dan panik apabila dikaitkan dengan isu rasuah.
 
"Persoalan yang kedua ialah semua benda memang kita bersedia 26 hb ini ke SPRM dan kita tahu strateginya bagaimana dia (Azmin) bermain dengan payung kembang dan besar dan bermain dengan kumpulan ahli korporat dan kapitalis.
 
"Proses untuk menerangkan kepada rakyat ialah proses demokrasi dan ini yang dilakukan semenjak kita mulakan gerakan reformasi.
 
"Kamu (Azmin) jangan lupa, bila kamu buat dekat orang kamu seronok dan bila kamu terdedah rasuah dan korupsi, kamu penik dan kamu meroyan tidak tentu arah," katanya lagi.
 
Chegubard dilaporkan akan melancarkan booklet mengandungi apa yang didakwanya sebagai bukti kononnya kerajaan negeri meluluskan penukaran status tanah Paya Indah Wetlands, daripada pertanian kepada pembangunan. 
 
Booklet mengandungi 85 peratus bukti mengenai salah guna kuasa itu akan dilancarkan SAMM pada 26 Ogos ini, di hadapan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 
SAMM juga pada hari yang sama akan akan membuat laporan kepada SPRM berhubung kes itu. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana