Memang Terbaik!!!! Mastura giat bangunkan prasarana Kuala Kangsar

Bagi mengemaskini pembangunan dan pendidikan di Kuala Kangsar, ahli parlimennya Datin Mastura Mohd Yazid telah mengadakan pertemuan bersama dua menteri secara terus bagi membincangkan mengenai perkara tersebut.

Dua menteri tersebut jelasnya adalah Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Pelajaran Datuk Seri Mahdzhir Khalid.

Menurut Mastura lagi, pembangunan tersebut termasuklah jambatan Manong yang perlu dibuat penambahbaikan serta beberapa sekolah yang perlu ditambah lagi beberapa prasarananya.

Selain itu, beliau dalam masa yang sama bercadang untuk melaksanakan program bersepadu bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi kembantu golongan yang memerlukan.

“Saya bercadang untuk melakukan program bersepadu dalam masa terdekat dgn JKM dan akan melakukan usaha sama dan membantu JKM mencari pekerjaan dan memberi kemahiran kepada penerima bantuan yang ingin berdikari melalui kaunter kemahiran dan kaunter pekerjaaan yang saya sediakan di Pejabat Parlimen.

“Saya berdoa supaya saya mempunyai cukup masa dalam satu hari untuk saya melakukan semua kerja dengan cepat dan berkesan,” ujarnya.

Semalam merupakan hari lahirnya dan Mastura menerusi akaun Facebook telah berkongsi kenangan manis beliau bersama arwah suaminya, Wan Mohamad Khair-il Wan Mohamad Anwar.

Katanya arwah merupakan seorang yang romantis dimana Mastura telah diberikan 26 kuntuman bunga ros merah pada 29 tahun yang lalu serta turut berkongsi gambar sambutan hari lahirnya bersama arwah buat kali terakhir pada tahun lalu.

“Tiada siapa di dunia ini yang mampu memberi Cinta dan Kebahagian seperti Wan beri kepada Tura..Terima Kasih Wan …genap 55 tahun usia Tura ..nombor kesukaan Wan iaitu nombor 5..untuk mengingati kembali memori2 saya bersama Arwah pada 29 hari jadi yg saya telah raikan bersama Arwah Dato Wan

Ini adalah sebahagian imej saya yang paling di gemari Arwah Dato Wan kerana Arwah selalu berkata senyuman dan keceriaan adalah cerminan jiwa seseorang insan,” katanya menerusi catatan Facebooknya pada Isnin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana