Memang Terbaik Lah Untuk Kembalikan Kuasa Agong!!!!! Kabinet sedia kaji semua had kuasa Agong..

Kabinet terbuka kepada perbincangan untuk mengkaji semula had kuasa Yang di-Pertuan Agong sebelum sesuatu akta baharu berkuat kuasa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal undang-undang itu berkata, kajian menyeluruh perlu dilakukan.

"Kami tidak mahu dilihat sebagai kerajaan 'on off'. Saya rasa ini adalah tidak konsisten.

"Tidak adil untuk mengatakan bahawa kelulusan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak mengikut perlembagaan apabila ia adalah mengikut keadaan yang dibenarkan oleh Perlembagaan," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen.

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad pada era pemerintahannya memulakan pindaan kepada Perlembagaan, yang memansuhkan keperluan untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong sebelum sesuatu akta baharu mula berkuat kuasa.

Sehubungan itu baru-baru ini Mahathir meminta maaf di atas tindakannya pada 1993 meminda Perlembagaan Persekutuan supaya perkenan raja-raja tidak lagi diperlukan dalam mewartakan sesebuah undang-undang yang diluluskan Parlimen.

Ia susulan Akta MKN yang diwartakan dan menjadi undang-undang mulai 1 Ogos lalu walaupun tanpa mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana