Mamat Ini Muka Yang Tak Tahu Maluuuu!!! PAS jangan berlagak seperti samseng jalanan : Khalid

 PAS tidak berlu bersikap seperti samseng jalanan dengan menghalang parti lain untuk bertanding di negeri Kelantan.

khalid samad Kata Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad, secara dasar ia adalah hak parti masing-masing sekaligus menegaskan yang PAS tidak ada hak untuk menghalang akan perkara itu.

“PAS kena faham dan akui bahawa suasana politik sudah berubah. Sokongan terhadap PAS sudah merosot sejak pemergian Almarhum Tuan Guru Nik Aziz. Ianya merosot lagi dengan perpecahan PAS sehingga terbentuknya AMANAH.

“Sekiranya dianggarkan kemerosotan ini adalah hanya sekadar 30% sahaja, ia cukup untuk menjejaskan kedudukan kerajaan Kelantan sekarang. Sedangkan anggaran kami ianya lebih dari itu.

“Akui perubahan ini dan cari penyelesaian melalui pendekatan berbincang dan berunding. Bukan pendekatan samseng dengan menganggap ini ‘kawasan jajahan aku’ yang lain jgn masuk,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Ahad.

Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAN akan disalahkan sekiranya gabungan pembangkang kalah di negeri Kelantan hanya kerana PAN bertegas mahu bertanding bagi kerusi di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU14) akan datang.

Malah katanya, tindakan PAS melarang PAN untuk ‘masuk’ ke Kelantan bukan satu tindakan samseng sebaliknya demi untuk mempertahankan negeri itu daripada ditakluki BN.

Mengulas lanjut, Khalid dalam masa yang sama turut mengingatkan yang PAS tidak perlu bersikap seperti orang yang duduk dalam perigi buta kerana membuat kenyataan yang tidak wajar sedemikian rupa.

“Konsep kawasan jajahan aku adalah konsep geng samseng dan kerap berlaku ‘turf war’ atau perbalahan demi menjaga atau memperluaskan kawasan jajahan antara geng samseng. Kita tak wajar bersikap begitu.

“Sebagai parti politik kita kena akui semua parti politik yang berdaftar berhak bertanding di mana sahaja mereka ingin. Kalau kita cukup kuat untuk menang secara bersendirian kita boleh lakukan begitu.

“Kalau kita tahu kita tak mampu maka kita berpakat,” tambahnya.

Ujarnya lagi, beliau menyarankan PAS untuk berpakat degan mana-mana parti bagi meningkatkan momentum seperti dahulu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana