Mahasiswa MO1 Ni Tak Sedar Ke ‘Di Tikus Putihkan’ Pembangkang?

BERDASARKAN pengalaman yang lepas-lepas, rasanya ini kali pertama Pakatan mengadakan pra demonstrasi sebelum demonstrasi yang sebenarnya diadakan.  Demo Tangkap MO1 dengan memperalatkan budak-budak U yang bakal diadakan esok adalah pra demonstrasi yang dimaksudkan.
Tapi sebelum itu, sekadar nak mengimbau sajalah.  Sejak 1998 melihat sendiri budak-budak U ni berdemo melawan kerajaan, tak satu pun ‘gerakan pelajar’ ini yang penulis lihat mencapai kejayaan.  Penulis tak pasti kenapa usaha yang gagal ini terus diadakan sekalipun tidak pernah satu pun yang membuahkan hasil yang boleh dibanggakan.
Pertambahan kerusi pembangkang sejak 2008 serta kejayaan mengekalkan kuasa di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, tidak ada kaitan dengan ‘gerakan pelajar’ tapi lebih kepada isu-isu yang menjurus kepada soal perkauman yang dimainkan mereka dalam pilihanraya – soal nak melantik seorang cina sebagai Timbalan Perdana Menteri contohnya.
Apa pun, walau tak disebut tapi umum tahu bahawa demonstrasi esok adalah eksperimen pembangkang untuk melihat sejauh mana demonstrasi yang lebih besar, Bersih 5.0 akan mendapat sambutan rakyat.  Bersih 5.0 adalah demo yang paling pelik antara demo-demo Bersih yang sebelum ini.  Sehingga ke saat artikel ini ditulis, tidak ada kata putus bila demo ini akan diadakan.
Itu yang kena buat pra demonstrasi dulu tu.
Agak malang bagi semua mahasiswa yang terlibat esok, mereka bakal menjadi alat eksperimen pembangkang, dah macam tikus putih dalam makmal.  Tahu apa jadi dengan tikus putih dalam makmal?  Nak buat apa jenis uji kaji pun buatlah, nak belah begitu saja ke, nak kena kupas kulit hidup-hidup ke, lantak.
Kalau ada hieraki dalam makmal, tikus putih inilah yang terendah sekali dan disitulah pembangkang meletakkan para mahasiswa ini esok, pun masih nak bersekongkol lagi, betul tak faham.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana