MADEY...MADEY.... sindir pembangkang takkan menang jika tak terima PRIBUMI

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad kesal dengan tindakan PAS yang menolak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PRIBUMI) untuk bersama-sama menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU14) akan datang kerana tindakan itu hanya akan memenangkan kerajaan.

Menurut Dr Mahathir sebagai Pengerusi PRIBUMI, tindakan PAS yang rela pertindihan kerusi berlaku akan menyebabkan pembangkang kalah kerana berlawan sesama sendiri.

“Kalau PAS tidak terima PRIBUMI, pakatan pembangkang akan berlawan sesama sendiri menyebabkan mereka akan kalah.

“Sebenarnya sikap itu bermakna mereka (PAS) sokong pemerintahan BN di bawah Najib,” kata Dr Mahathir.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya pada Rabu.

PAS sebelum ini secara tegas tidak mahu parti PRIBUMI sertai mereka bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) di bawah Gagasan Sejahtera (GAGASAN).

Malah Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali seolah tidak kisah dengan pertindihan kerusi PRIBUMI dan PAS pada PRU14, kerana PAS yakin dengan sokongan pengundi terhadap partinya terutama di Kelantan.

Sementara itu ketika ditanya mengenai kesesuaian Presiden PRIBUMI, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi ketua pembangkang seperti disuarakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Dr Mahathir berkata perkara itu masih belum boleh diputuskan lagi.

“Kita belum tentukan siapa akan jadi Ketua Pembangkang, ini adalah badan-badan pengasas sahaja.

“Selepas itu akan diadakan mesyuarat agung parti dan pada masa itu pilihlah sesiapa pun (untuk jadi ketua pembangkang),” katanya.

Nurul Izzah dalam satu kenyataan berkata Muhyiddin boleh dilantik sebagai ketua pembangkang di Parlimen jika parti PRIBUMI komited dengan agenda reformasi.

Nurul berkata Pakatan Harapan sedia menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak selagi mereka menghormati syarat utama iaitu untuk mewujudkan timbang tara di Malaysia.

“Jika mereka tidak komited dengan reformasi, maka kita akan menukar pimpinan secara nama daripada seorang individu kepada individu lain. Ini isu kerjasama, ia bergantung kepada jumlah kerusi dimenangi, itu normal,” kata Izzah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana