Khairy Bidas Kenyataan 'Ultra Kiasu' Ridhuan Tee

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin membidas ahli akademik, Ridhuan Tee Abdullah di atas kenyataannya mengenai sukan yang disifatkan "salah dan tidak bertanggungjawab".

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, istilah "ultra kiasu" yang digunakan Tee terhadap altet negara menerusi kolumnya dalam akhbar berbahasa Melayu bersifat menghina.

"Ia merupakan penghinaan kepada atlet. Saya mengambil kenyataan beliau sebagai sangat tidak tepat. Saya juga kecewa dan marah.

"Beliau tidak tahu mengenai atlet sebagaimana saya kenal mereka. Dan mereka bukan seperti yang didakwanya.

"Adalah lebih beliau tidak mengeluarkan kenyataan seperti itu," katanya kepada pemberita pada mesyuarat Umno Bahagian Bandar Tun Razak.

Tee dikecam selepas menyatakan bahawa pemenang pingat Olimpik negara tidak patriotik dan hanya bertanding dalam sukan untuk ganjaran wang dan satu cara untuk meraih populariti.

Beliau berkata, sukan menjadi satu perniagaan dan bukan lagi mengenai patriotisme.

Tee turut menulis bahawa atlet "ultra kiasu" lebih memilih untuk melibatkan diri dalam sukan individu berbanding berkumpulan yang memerlukan kerja berpasukan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana