Kenapa Takutttt!!!! Azmin Mengelak Isu Paya Indah Wetlands

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengelak ketika diminta mengulas mengenai perubahan status tanah di Paya Indah Wetlands, Kuala Langat.

Sebaliknya beliau membidas Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard yang giat membongkar isu berhubung penukaran status tanah terbabit.

Beliau turut meminta supaya mana-mana individu yang mendakwa mempunyai bukti berhubung dakwaan tersebut agar dapat menyerahkannya kepada pihak berkuasa dan bukannya 'menjerit' kepada media.

"Siapa dia (Chegubard)? Prinsip saya mudah, mana-mana individu atau pihak yang mendakwa ada bukti, dokumen atau buku, serah lah kepada pihak yang bertanggungjawab. Kenapa menjerit kepada TV3 setiap malam," katanya menyindir bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rembau itu.

Chegubard dilaporkan akan melancarkan sebuah booklet mengandungi apa yang didakwanya sebagai bukti kerajaan negeri telah meluluskan penukaran status tanah daripada pertanian kepada pembangunan di Mukim Tanjong Dua Belas, Kuala Langat, berdekatan Paya Indah Wetlands.

Booklet mengandungi 85 peratus bukti mengenai salah guna kuasa itu akan dilancarkan SAMM pada 26 Ogos ini, di hadapan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SAMM juga pada hari yang sama akan akan membuat laporan kepada SPRM berhubung kes itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana