Kenapa orang Bangla, Myanmar, Nepal cepat kuasai bahasa Melayu, Cina tidak: Ridhuan Tee

BANGI, Isnin – Penganalisis politik dan pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah mempersoal kejiwaan rakyat negara ini yang tidak bersungguh-sungguh untuk menguasai Bahasa Melayu yang menjadi kebanggaan negara.

Sebaliknya beliau berkata, rakyat negara lain yang menetap di Malaysia pula boleh menguasai dengan cepat Bahasa Melayu.

“Peliknya, kenapa Bangla, Myanmar dan Nepal boleh menguasai BM dengan cepat, rakyat kita begitu sukar?,” soalnya dalam tulisan terbaru di Sinar Harian hari ini.

Sebelum ini Ismaweb melaporkan Pakar Bahasa, Prof Dato’ Dr Teo Kok Seong melahirkan rasa kesal apabila terdapat rakyat Malaysia khususnya di kalangan belia Cina yang masih tidak fasih berbahasa Melayu.

“Kita dapat lihat pada hari ini orang bukan Melayu, belia Cina misalnya yang tidak fasih berbahasa Melayu sedangkan itu bahasa negara.

“Jadi bagi saya, malang sekalilah, (mereka adalah) warganegara, tapi tak tahu bahasa negara, jadi saya selalu bercakap isunya di mana erti kerakyatan? Ini sesuatu yang malang,” katanya.

Menyentuh isu yang sama Ridhuan Tee berkata, hakikatnya selama ini kerajaan amat bertolak ansur apabila telah memudahkan subjek Bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC).

“BM di SJKC lebih mudah berbanding dengan BM di SK. Jika subjek BM diseragamkan mengikut kurikulum SK, sudah tentu lebih banyak kelas peralihan terpaksa diwujudkan kerana ramai yang akan mendapat markah rendah atau gagal.

“Jika mereka bersungguh-sungguh dalam mempelajari BM, sudah tentu bilangan yang mendapat straight A akan mengatasi Sekolah Berasrama Penuh. BM adalah subjek killer kepada prestasi SJKC,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana