Kaw Kaw Kena Hentam!!!! Ahli UMNO jangan percaya dengan tuduhan terhadap Presiden

Tuduhan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak adalah bersifat dendam dan hanya mahu menjatuhkan Perdana Menteri itu yang juga menjadi ‘roh’ perjuangan UMNO selama ini.

Tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, ia termasuklah isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion sekaligus mengingatkan ahli UMNO supaya tidak mempercayai segala tuduhan dan fitnah dilemparkan kepada Presiden parti itu.

“Datuk Seri Najib tidak bersalah dan tidak terbabit dalam hal ini. Beliau adalah presiden kita dan yang menuduh beliau adalah musuh parti yang nyata kepada parti.

“Mengapa perlu kita percaya bulat-bulat apa yang mereka cakap. Najib adalah roh nombor satu UMNO dan kita sebagai ahli parti wajib mempertahankan beliau”, katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Masjid Tanah, di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Ahad.

Turut hadir, Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Mohamed Nazri turut menjelaskan cogan kata UMNO iaitu Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat yang perlu dihayati oleh ahli, terutama dalam kalangan pemimpin.

Tambah beliau, ramai pemimpin masih tidak dapat memahami cogan kata berkenaan meskipun sudah menjawat jawatan dalam parti berpuluh tahun.

“Ahli biasa lebih faham makna Bersatu, Bersetia, Berkhidmat itu berbanding pemimpin dan ia terbukti apabila golongan yang banyak menderhaka kepada presiden dan parti adalah di kalangan pemimpin, bukannya ahli,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana