Kata Nak Hadir #TangkapMO1, Yang Tun Mahathir Pi Langkawi Buat Apa?

Tahun lepas waktu demonstrasi Bersih 4 berlangsung, sanggup Tun Dr Mahathir Mohamad gagahkan diri sebaik sahaja balik dari Pasir Gudang terus ke Dataran Merdeka tanda menyokong demonstrasi jalanan.
Agaknya disebabkan waktu itu kehadiran peserta Bersih 4 dianggarkan antara 3,000 – 5,000 orang berada di Dataran Merdeka, barangkali itu yang bersemangat Tun Mahathir nak hadir juga tumpang sekaki sambil mengumpan populariti.
Tapi tak tahulah kot kehadiran Tun Mahathir tika itu sebenarnya dek kerana terpengaruh temberang Pengerusi DAP, Lim Kit Siang yang awal-awal lagi mengumumkan 300,000 hadir di Dataran Merdeka, ada juga kemungkinannya.
Kita kena maklum, orang politik cukup teruja dengan dengan angka dan nombor, lagi besar lagi naik sheikh. Meloncat-loncat gembira tak keruan.
Bagaimana kalau angka kehadiran agak berkurangan dari sasaran awal macam yng berlaku di himpunan #TangkapMO1 sebentar tadi?
Sasaran minima 5,000 akan hadir membanjiri Dataran Merdeka untuk #TangkapMO1 tapi yang hadiri lebih kurang seribu orang sahaja. Jauh bezanya seribu dengan lima ribu.
Portal pembangkang yang selalu manipulasi angka dan nombor pun tak berani nak letak angka kehadiran 3 ribu atau 5 ribu, mahu tak mahu letak juga angka seribu sambil tampal gambar rakaman jarak dekat untuk menampakkan ramai orang.
Itu pasal Tun Mahathir yang awal-awal lagi diuar-uarkan mahu turun memberi sokongan di himpunan #TangkapMO1 terpaksa membatalkan rancangannya di saat akhir.
Konon-kononnya terpaksa pergi ke Langkawi, ada urusan penting katanya. Tiba-tiba saja ada urusan, dua tiga hari sebelum ini beriya nak hadir tumpang sekaki.
Malulah, taraf bekas Perdana Menteri tapi kehadiran peserta yang menyambutnya lebih kurang seribu orang sahaja.
Itu kalau betul disambut, silap-silap jadi macam himpunan Anti-GST April lepas sebaik Tun Mahathir habis berucap tak pasal-pasal kena perli dan di boo oleh geng sendiri dari PKR.
Dulu selama 22 tahun waktu Tun Mahathir jadi Perdana Menteri, segala macam demonstrasi jalanan sebegini cukup pantang baginya. Busuk nama negara katanya, tak bagus untuk ekonomi dan kedamaian dalam negeri.
Atas alasan itu beratus peserta demonstrasi ditahan, tidur dalam lokap dan mahasiswa yang terlibat ramai juga yang dibuang dari universiti di zaman gawat reformasi 1998- 2001 dulu.
Sekarang, demonstrasi jalanan yang dulu dibencinya kini dia pula yang gian nak datang. Macam meroyan pula. Bila diberitahu orang tak ramai datang, boleh pula dia lari pi Langkawi,.. ish..ish… Tak istiqamah langsung perangainya. – MyKMU.Net

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana