Kata demo haram mahasiswa, rupanya himpunan LGBT : Jamal

Pengerusi NGO Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos mengutuk Demo haram yang kononnya diadakan oleh kumpulan mahasiswa mahu menangkap Malaysia Official 1 (MO1) pada Sabtu tetapi menjadi himpunan kepada sekumpulan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgander (LGBT).

Jamal PWTC 3Menurut Jamal penganjuran himpunan semalam didakwa didalangi oleh penganjur Himpunan Bersih yang mempergunakan mahasiswa sebagai barisan hadapan himpunan sedangkan bilangan mahasiswa yang menghadirinya adalah seramai 35 orang sahaja.

“Kita dapati melalui maklumat yang kami pasti hanya 35 orang mahasiswa sahaja selebihnya adalah daripada Bersih itu sendiri.

“Kita juga maklum Bersih itu siapa pula pengikutnya? LGBT, mereka yang tidak mempunyai haluan dan pendirian ini, masa hadapan dan agama ini yang menjadi penyokong kuat Bersih ini. Jadi saya boleh kata Bersih adalah dayus!,” kata Jamal.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu berkata demikian ketika ditemui media semasa satu sidang media khas di PWTC pada Ahad.

Jamal dalam pada itu mencabar penganjur Bersih untuk mengumumkan tarikh Himpunan Bersih 5.0 supaya beliau dan peserta Baju Merah turun sama pada tarikh berkenaan.

bendera lgbt“Jangan berselindung lagi, kalau mereka kata hebat dapat sokongan daripada rakyat Malaysia kononnya, umumkan tarikh. Ini tidak. Berselindung atas nama Mahasiswa namun kita tahu jugak siapa yang buat,” katanya.

Jamal berkata pihaknya telah bersiap sedia mengumpul peserta dan yakin 300,000 peserta akan turun bersama-sama membantah dan menyekat Himpunan Bersih 5.0 yang sehingga kini belum lagi diumumkan tarikhnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana