Janji Tetap Janji Mesti Dikotakan pada rakyat....Memang Terbaik

PUTRAJAYA 26 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengotakan janji­nya untuk kira-kira 33,000 pelajar tingkatan lima di sekolah-sekolah menengah di seluruh Sarawak menerima kemudahan komputer riba.

Dalam majlis simbolik penye­rahan komputer itu di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini, Perdana Menteri berharap bantuan dalam bentuk skim pinjaman berkenaan dapat melonjakkan lagi kualiti pendidikan di negeri itu.

“Semasa mengadakan tinjauan mesra di Sekolah Kebangsaan Sungai Ladong, Sarawak pada April lalu, saya melahirkan hasrat supaya proses pembelajaran di Sarawak ditingkatkan dengan memberi kemudahan seperti komputer riba untuk semua pelajar (tingkatan lima) di Sarawak.
“Dengan tertunainya janji ini, maka saya yakin dan percaya pencapaian pelajar di Sarawak akan lebih memberangsangkan pada masa akan datang.

“Ini menunjukkan bahawa kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk terus membangunkan Sarawak terutama sekali dalam pembangunan modal insan akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan komputer riba kepada lima wakil pelajar tersebut di pejabatnya sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem; Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad.

Dalam pada itu, menurut Kamalanathan, Sarawak telah dijadikan projek perintis untuk skim pinjaman komputer riba itu sebelum diperluaskan ke negeri-negeri lain.
Katanya, komputer riba itu akan diedarkan secara pinjaman kepada pelajar-pelajar tingkatan lima dan kemudiannya dikumpulkan semula untuk dipinjamkan kepada pelajar-pelajar tingkatan yang sama pada tahun seterusnya.

Beliau memberitahu, projek perintis di Sarawak itu membabitkan kos sebanyak RM45 juta dan bermatlamat membantu para pelajar mengulang kaji pelajaran dengan lebih berkesan dan menerima akses pendidikan yang berkualiti untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sementara itu, bagi wakil pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sg. Tapang, Samarahan, Gerald Fidler Begeli, 17, komputer riba yang turut dilengkapi perisian pelajaran itu akan banyak membantu dirinya dan rakan-rakan lain untuk mengulang kaji pelajaran.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi kemudahan komputer riba kepada pelajar-pelajar Sarawak dan kemudahan ini sememangnya boleh membantu perkembangan pelajar di sekolah,” katanya.

Bagi seorang lagi wakil pelajar dari SMK Kuching High, Kuching, Jonathan Lim Hao, 17, dia yakin perisian pendidikan yang disertakan dalam komputer riba tersebut akan banyak membantunya mengulang kaji untuk bersedia menghadapi peperiksaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana