Jangan Mimpilah Lah Mat Sabu Weiiiiii......Amanah Ganti PAS Di Malaysia – Mat Sabu

Sahabat sekelian cubalah kita mengkaji jatuh bangun gerakan Islam diseluruh dunia samada di Afghanistan, Mesir, Tunisia, Turki dan lain-lain.

Sama juga kepada Pas yang sama-sama sebahagian dari kita pernah berjuang dan asaskan. Kita melihat ia telah lari daripada konsep maqasid syariah dan kepimpinan ulamak pula telah disalahertikan serta “dihijack” pihak tertentu, maka wujudlah satu kumpulan yang mahu membuat “reform” yang dinamakan Parti Amanah Negara.

Kita dalam AMANAH memgambil pengajaran di atas apa yang berlaku ke atas pemerintahan Morsi, pemerintahan Erdogan dan parti PAS. Kita hadam dan menyedari segala kelebihan dan kelemahan yang ada kepada mereka untuk kita membina satu tajdid kepada kebangkitan semula gerakan Islam di Malaysia dan dunia ini.

Kesilapan sahabat kita pada masa lalu jangan kita ulang. Kebaikan mereka kita jadikan contoh. Kita perlu berusaha membuat pembaharuan supaya Islam dilihat sebagai penyelesaian kepada masalah dan bukan pembawa masalah. Jangan kita berpatah balik ke belakang.

Jika AMANAH juga berada ditakuk lama, tidak mustahil pada masa akan datang muncul lagi gerakan baharu yang akan melakukan perubahan untuk meletakkan Islam dan ummatnya dihormati dan disegani.

Ayuh, banyakkanlah mengkaji, bergaul dan mengambil iktibar di atas kesilapan yang lalu untuk terus kita memimpin kebangkitan Islam Rahmatan Lil ‘Alameen pada masa ini dan akan datang.

Jangan ada di antara ahli AMANAH menghidupkan semula doktrin parti lama yang telah ternyata gagal.

Oleh itu kita mesti berani membuat perubahan dengan menekankan soal rahmat untuk semua seperti yang kita perjuangkan dalam slogan parti kita.

Mohamad bin Sabu
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH)

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana