Isu video Namewee: Mana mau lari…polis buru tiga lagi

Sekalipun Namewee sudah dicekup dan ditahan reman empat hari kerana isu video lagunya yang didakwa menghina Islam…polis masih memburu tiga lagi yang terbabit dalam pembikinan video ‘Oh My God’  itu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata tiga lelaki berkenaan adalah rakyat Taiwan dan menetap di sana.

Katanya polis Pulau Pinang akan meminta polis Bukit Aman mendapatkan bantuan Interpol bagi mengesan mereka.

Klip video yang mencetuskan kemarahan ramai itu memaparkan rakaman empat lelaki yang menyanyikan lagu dalam bahasa Mandarin berdurasi 4.05 minit

Beliau memberitahu wartawan di Georgetown bahawa setakat ini polis sudah rekod keterangan dari tujuh orang untuk bantu siasatan.

 Abdul Ghafar juga memberitahu pihaknya juga akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) dalam tempoh terdekat bagi membincangkan secara teliti isu itu.

"Kami akan pergi ke JAIPP untuk membincangkan perkara ini bagi mengetahui sejauh mana tindakan dan perbuatan Namewee menyanyi dan merakamkan aksi-aksi dalam masjid mengaibkan agama Islam," katanya.

Dalam pembikinan klip video itu Namewee antara lain telah membuat pergambaran di Masjid Terapung Tanjong Bungah.

Namewee ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik tiba dari luar negara pada pukul 3.30 petang Ahad dan dibawa polis ke Pulau Pinang dimana kesalahan didakwa dilakukan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana