Isu buang parti: Jangan bacul, kata Chegubard kepada Rafizi

SHAH ALAM: Bekas ketua cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin hari ini membidas Setiausaha Agung parti itu, Rafizi Ramli kerana membisu berhubung pemalsuan tandatangannya di dalam surat pemecatan beliau.

Badrul atau Chegubard mendakwa, tindakan Ahli Parlimen Pandan itu yang berdiam diri meskipun mengetahui tandatangannya dipalsukan, memperlihatkan sifatnya sebagai pemimpin yang bacul.

"Orang politik tetap orang politik. YB Rafizi ini tahu yang tandatangannya dipalsukan, tetapi sehingga ke hari ini beliau senyap.

"Saya cuma mahu melihat sejauh mana telatah orang politik, sejauh mana kamu mahu menipu rakyat konon kamu hero dengan musuh kamu, tapi dalam hal dalam kelambu (dalam parti), kamu sangat bacul dan penakut serta tidak berprinsip sama sekali.

"Ini soal parti, kredibiliti dan soal mempertahankan prinsip dalam parti," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Kekeliruan berhubung status keanggotaan Chegubard di dalam parti bermula apabila Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu menerima surat pemecatan menerusi emel pada pagi 26 Ogos lalu.

Menurut surat bertarikh 26 Ogos itu, mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Disiplin yang bersidang pada 4 Ogos lalu membuat keputusan untuk memecat Chegubard atas dakwaan menjejaskan imej dan memecahbelahkan parti seterusnya ingkar dengan arahan parti.

Menurut surat yang ditandatangani Rafizi itu juga, tindakan pemecatan itu diambil sejajar dengan peruntukan di bawah Fasal 41.7 Perlembagaan Parti.

Pemecatan itu dikaitkan dengan tindakan Chegubard sebelum ini yang giat mendedahkan dakwaan salah laku Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali, berhubung kontroversi penukaran status tanah di Lot 68054 yang dikatakan milik Paya Indah Wetlands.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh menafikan parti itu sudahpun memecat Chegubard dan menjelaskan parti itu kini masih menunggu keputusan penuh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR berhubung tindakan lanjut ke atas beliau.

Semalam Chegubard yang dipetik sebuah portal berkata, beliau dihubungi seorang pemimpin kanan parti memberitahu surat itu dikeluarkan tanpa pengetahuan Rafizi dan tanda tangan setiausaha agung yang terpapar di surat berkenaan adalah palsu.

Ujar Chegubard, surat berkenaan dikeluarkan di bawah arahan seorang pemimpin PKR, R Sivarasa.

Mengulas berhubung kekeliruan berkenaan, Chegubard turut menempelak PKR yang disifatkannya tidak sepakat.

"Keputusan tak dicapai melalui mesyuarat, keputusan dibuat menerusi perbincangan dalam Whatsapp, dan ia tidak mendapat dua pertiga sebagaimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Parti," katanya.

Malah tambah aktivis itu lagi, beliau hanya mahu 'tunggu dan lihat' kerana ujarnya 'rakyat sedang memerhati' bagaimana parti pimpinan Datuk Seri Dr Wan Aziziah Wan Ismail itu  mengendalikan isu berkenaan.

"Saya tak ambil pertimbangan dan saya tak ambil pusing mengenai perkara itu. Namun fokus saya, terpulang kepada parti, sekarang orang lihat kamu.

"Keduanya saya akan terus mendesak SPRM untuk ambil tindakan (berhubung isu Wetlands) kerana (Datuk Seri) Azmin ini talam dua muka," ujarnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana