Hina Islam: Namewee ditahan sebaik tiba dari Taiwan

Penyanyi dan pengarah muzik, Namewee atau Wee Meng Chee, ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, petang tadi, berhubung klip video lagunya yang didakwa menghina Islam.

nameweeNamewee, 33, ditahan sekitar jam 3.20 petang oleh anggota polis, sejam selepas dia tiba dengan penerbangan dari Taiwan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ghafar Rajab, berkata suspek akan diambil oleh Polis Pulau Pinang, dan dibawa ke Georgetown, untuk mendapatkan perintah tahanan reman dari Mahkamah Majistret, esok.

Katanya, Namewee ditahan selepas pelbagai pihak membuat laporan polis berhubung klip video yang dilakukan di Masjid Terapung, Tanjung Bunga, Pulau Pinang.

“Siasatan ke atasnya dilakukan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencemarkan tempat sembahyang dengan niat mengaibkan agama mana-mana penganut,” katanya.

Dalam rakaman video berdurasi 4.05 saat itu, Namewee bersama tiga lagi yang lain menyanyikan lagu bertajuk ‘Oh My God’ dalam bahasa Mandarin, yang didakwa menghina Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana