Demonstrasi paling malang... kata pensyarah kanan UUM

Demonstrasi pembangkang yang memperalatkan mahasiswa Sabtu lalu disifatkan sebagai yang paling malang oleh Profesor Pusat Pengajian kerajaan Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Zainal Kling.

Jelasnya ini kerana, golongn ini digunakan oleh ahli politik semata-mata demi kepentingan mereka untuk menggugat keamanan negara dengan isu semasa yang hangat diperkatakan.

"Himpunan mahasiswa ini paling malang, kerana mereka dipergunakan oleh orang lain, oleh ahli politik bukan mahasiswa.. Ini masalahnya.

"Ini yang kita patut tolak, kerana orang politik menggembeleng mahasiswa untuk melakukan kejahatan, itu malangnya.

"Sekadar menggunakan 'MO1' untuk menggugat negara, itu bukan kerja mahasiswa.

"Apabila ada yang menggunakan mereka yang dididik dengan permainan politik, ini bukan lagi kehendak mahasiswa ," katanya dipetik satu portal berita.

Menurutnya, golongan mahasiswa yang cerdik pandai sepatutnya maklum medium yang terbaik yang lebih sesuai digunakan untuk menyampaikan ketidakpuasan hati atau permintaan terhadap apa juga penjelasan khususnya berkaitan dakwaan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat baru-baru ini.

Sabtu yang lalu berlangsung yang dianjurkan kumpulan mahasiswa pro pembangkang.

Mengulas lanjut, Zainal berkata antara cara yang lebih sesuai digunakan berbanding mengadakan perhimpunan adalah menubuhkan jawatankuasa di kalangan mahasiswa untuk menghantar memorandum dan mengadakan perjumpaan dengan wakil perdana menteri.

"Kalau mahasiswa sendiri di atas dorongan kepandaian, pengetahuan mereka sendiri tentang isu 1MDB, ini barangkali lain halnya.

"Mereka boleh hantar memorandum, hasrat secara bertulis, boleh datang berjumpa perdana menteri atau Jabatan Perdana Menteri menerusi jawatankuasa, atau siapa sahaja malah atau Peguam Negara untuk mencari penjelasan.

"Sebab semua orang mahu tahu perkara ini... tidak semua tahu perkara ini, apatah lagi mahasiswa, mereka tidak tahu," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana