Demo haram: Apa kaitan Maria Ozawa, LGBT..Tun M pula larikan diri

Demo haram kononnya nak tangkap Malaysia Official 1 (MO1) bertukar menjadi lawak dan tanda tanya bagi golongan muda belia yang seakan-akan pelik dengan kehadiran poster Mariz Ozawa.

Apa kaitannya dengan demo yang sepatutnya mencari orang dan dari situ mulalah cakap-cakap belakang menerangkan Maria Ozawa adalah pelakon lucah ternama Jepun yang sangat popular di rantau Asia Tenggara terutama negara jiran kita, Indonesia.

maria ozawaNamun persoalannya kenapa nama Maria Ozawa secara tiba-tiba timbul di Dataran Merdeka, adakah demo haram #Tangkap MO1 sudah hilang arah tujuan asal.

Demo haram yang berlangsung hampir tiga jam mula menjadi sensasi dalam kalangan netizen.

Mungkin ada kalangan peserta perhimpunan itu menganggap sebagai jenaka yakni MO kononnya merujuk kepada Maria Ozawa.

Di samping itu, tujuan asal demo haram dilihat semakin terpesong apabila warna hitam putih yang menjadi warna rasmi perhimpunan haram #Tangkap MO1 turut dihadiri bendera pelangi melambangkan perjuangan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang dikibar megah.

Ia sekali gus menggambarkan kumpulan yang mengamalkan amalan dikutuk oleh Allah SWT ketika era Nabi Luth dan dilaknat Nabi Muhammad SAW turut menyokong perjuangan penganjur #Tangkap MO1 menentang kerajaan Malaysia yang diketahui anti-LGBT.

Perkara itu turut dilaporkan portal berita pro-pembangkang dengan memaparkan cerita beberapa peserta yang bangga dapat mengibarkan bendera kemegahan golongan LGBT tersebut sewaktu berarak di pusat bandar raya memberi sokongan kepada kempen #Tangkap MO1.

bendera lgbtPeserta yang dengan megah memegang bendera LGBT itu yang secara tidak langsung memberi gambaran demonstrasi haram itu perlu memasukkan sekali agenda perjuangan terkutuk LGBT jika berhasrat menganjurkan perhimpunan sama sekali lagi pada masa depan.

Kumpulan LGBT pernah muncul memeriahkan demonstrasi jalanan Bersih 4.0 tahun lalu selain peserta gerakan murtad dan Muslim Liberal Pluralisme sehingga dikecam umat Islam kerana dianggap mahu menjadikan Malaysia mengiktiraf hak asasi songsang Barat.

Dalam pada itu di sebalik kehadiran lebih 500 anggota polis berkawal di sekitar Dataran Merdeka demi menjaga keamanan sepanjang himpunan #TangkapMO1 berlangsung di Kuala Lumpur, masih juga berlaku kekecohan tetapi lucunya melibatkan peserta terlibat sendiri.

Portal antikerajaan melaporkan pergaduhan ala aksi filem Tamil terkenal Kabali lakonan aktor Rajinikanth itu meletus sesama mereka apabila kumpulan mahasiswa yang propembangkang dan sayap Angkatan Muda Keadilan PKR tidak berpuas hati antara satu sama lain.

Insiden itu menjadi lebih kecoh apabila keadaan di antara Jalan Tun Perak dan Jalan Raja Laut sesak dengan orang ramai serta kenderaan yang membawa beberapa pimpinan pelajar sehingga menjadi ‘bahan jenaka’ netizen kerana penyokong pembangkang pun tidak bersatu.

Secara keseluruhan apa yang paling menyedihkan sekali pemimpin yang sepatutnya dengan riak memimpin barisan peserta demo haram ini melarikan diri dan bercuti di Pulau Langkawi, Kedah.

kelab che detIa dinyatakan sendiri menerusi laman sosial Facebook, Kelab Che Det.

Status posting tersebut dikemas kini pentadbir akaun tersebut beberapa jam yang lalu dan beliau dilaporkan bermalam terlebih dahulu di Pulau Pinang setelah menghadiri satu majlis di Ketereh, Terengganu sebelum bertolak ke pulau lagenda Mahsuri itu pada pagi Sabtu.

Dengan itu ternyata sekali apa yang dilaporkan oleh portal propembangkang terkenal MalaysiaKini, jelas satu pembohongan paling ketara dan hanya helah untuk menarik lebih ramai peserta hadir menyertai demonstrasi haram tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana