Caya lah....Kesetiaan Kepada Umno Tidak Pernah Goyah - Johari

KUALA LUMPUR: Meskipun penyokong kuat Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata kesetiaannya kepada Umno tidak pernah goyah.

Mendedahkan beliau merupakan 'produk' bekas perdana menteri yang memerintah selama 22 tahun itu, Johari berkata kejayaannya adalah disebabkan kepimpinan Dr Mahathir.

"Siapa yang tidak suka Tun Mahathir? Saya salah seorang daripada produknya.

"Namun kerana kepimpinan beliau, ia membolehkan saya melanjutkan pelajaran ke luar negara sehingga saya menjadi seorang akauntan bertauliah, jadi saya dapat berbakti kepada rakyat," kata Johari selepas merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Cheras di sini Ahad.

Johari berkata ia juga kes sama bagi Ketua Umno Bahagain Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee yang dikenali sebagai penyokong ahli politik veteran.

"Beliau juga penyokong kuat Tun Mahathir tetapi apabila Dr Mahathir menubuhkan parti baharu, beliau (Syed Ali) tidak berganjak.

"Kami pernah bekerjasama apabila (bekas timbalan perdana menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan pengerusi badan perhubungan tetapi apabila beliau meninggalkan parti, Syed Ali tetap kekal dalam Umno.

"Bagi saya, itulah pemimpin Umno tulen yang patut mendapat sokongan daripada semua ahli," katanya yang mendapat sorakan para perwakilan.

Dalam ucapan perasmiannya, Syed Ali berkata beliau tidak akan meninggalkan Umno dalam apa jua keadaan sekali pun.

"Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga Umno dan tidak akan me meninggalkan Umno tidak kira apa pun.

"Saya akan mempertahankan parti dan memastikan apa yang kita lakukan demi kepentingan orang Melayu dan bangsa kita," katanya.

Dr Mahathir mengumumkan keluar Umno buat kali kedua pada Februari lalu kerana hilang keyakinan dengan cara Datuk Seri Najib Tun Razak menyelesaikan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana