CARI DALANG BOCOR RAHSIA NEGARA : SHARKAR..HUKUM SEKERAS KERASNYA

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin mahu dalang yang membocorkan rahsia kepada pihak asing dibawa ke muka pengadilan kerana niat jahat itu hanya akan menghancurkan negara.

Mohd Sharkar menyifatkan ampur tangan asing boleh berlaku ketika ini yang akhirnya memberi kesan pada rakyat seperti yang sudah berlaku di Iraq dan Syria.

“Ada orang kita berpaling tadah membuat laporan dan menyalurkan maklumat kepada orang asing. Kalau kuasa asing memerintah, seluruh pentadbiran dan kedaulatan negara tercalar serta tiada kesudahan.

“Kita mendesak supaya pimpinan UMNO mencari dalang yang membocorkan rahsia kerajaan dan menghuru-harakan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Merujuk kepada kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dibangkitkan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat, semua perkara sudah diberikan jawapan kukuh. PAC sendiri mempunyai wakil daripada pembangkang termasuk DAP dan PAS,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita dan Puteri Bahagian Pandan 2016 pada Ahad.

Mohd Sharkar mengulas mengenai tindakan pihak tertentu yang mendedahkan maklumat berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada pihak asing dan berhubung tindakan saman sivil oleh DOJ baru-baru ini terhadap syarikat berkaitan dengan 1MDB.

Beliau juga menggesa rakyat di negara ini tanpa mengira pegangan parti perlu bersatu padu menentang cubaan campur tangan asing memecah-belahkan pentadbiran negara, mencabar kedaulatan dan undang-undang negara.

Menurutnya, ia boleh direalisasikan apabila rakyat menerima keputusan atau jawapan rasmi yang dikeluarkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Beliau berkata, sikap segelintir pihak yang masih tidak berpuas hati dengan jawapan kerajaan dan melaporkannya secara terang-terangan dalam medium sosial boleh diakses ‘orang luar’ sekali gus, membahayakan negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana