Bodoh Tak Boleh Diajar!!!! Isu PPR di Perak... jangan cakap kalau tak faham

Bodoh tak boleh ajar,  cerdik tak boleh ikut... begitulah bidalan sesuai untuk pemimpin DAP Perak Ngeh Koo Ham yang dikritik hebat oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar kerana gagal memahami isu Projek Perumahan Rakyat (PPR) di negeri itu.

Kebetulan Noh dalam rangka lawatan kerja ke Perak dan ditanya wartawan mengenai isu yang dibangkitkan Ngeh baru-baru ini.

Noh secara sinis berkata “ .. . . jangan cakap kalau dia tidak faham,”.

Noh, yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO yang berada di negeri itu untuk melancarkan program PPR Isnin, bersama-sama Menteri Besar Perak, menambah “adalah lebih baik jika dia tidak bercakap mengenai perkara itu, sekiranya beliau sendiri tidak jelas dan tidak faham apa yang dicakapkannya.”

“Inilah masalah pembangkang, dia tidak faham tapi cuba jadi hero, kalau tidak faham tanya di Parlimen,” katanya.

Ngeh juga ahli parlimen Beruas selain ADUN Sitiawan.

Terdahulu Ngeh mempertikaikan projek PPR di Seri Iskandar dan Kamunting. Ngeh menggesa SPRM menyiasat PPR di Perak dengan kos pembinaan RM165,000 seunit dipercayai mempunyai unsur rasuah.

Lojik digunapakai ialah kos pembinaannya yang terlalu tinggi berbanding harga siling yang ditetapkan kerajaan negeri iaitu RM70,000 atau lebih rendah bagi seunit rumah kos rendah manakala rumah kos sederhana pula antara RM70,000 sehingga RM140,000.

Beliau merujuk pembinaan 99 buah unit rumah PPR di Seri Iskandar dan 260 unit apartmen di Kamunting itu seperti diumumkan menteri berkenaan.

Katanya “Menteri Noh Omar atau Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry bin Abdul Kadir mesti jelaskan sama ada kos RM165,000.00 ini termasuk atau tidak termasuk harga tanah rumah?

“Jika ia termasuk harga tanah, ia masih prima facie dan terdapat elemen rasuah kerana harga tersebut adalah terlalu tinggi berbanding dengan kos yang sepatutnya,” katanya.

Menjawab lebih lanjut dakwaan Ngeh yang disiarkan besar-besaran oleh media berbahasa Cina, Noh berkata ”kenyataannya yang merujuk kepada kenyataan saya, dia hendak melibatkan kerajaan negeri, saya buat kesimpulan yang jelas bahawa dia tidak faham apa yang dia cakap.”

Noh berkata lagi kenyataan Ngeh itu mengelirukan dan sengaja melibatkan kerajaan negeri untuk mendapatkan penjelasan.

Bagi projek pembinaan PPR di bawah seliaan kementerian atau kerajaan Persekutuan, harga jualan kepada pemohon ditetapkan adalah RM35,000 seunit manakala bagi pihak kerajaan negeri Perak, harga jualan rumah kos rendah ditetapkan di bawah RM70,000.

Sementara itu Perak telah dipilih sebagai pelaksana pertama bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) membabitkan pembinaan 99 unit rumah teres di Bandar Universiti Seri Iskandar, dekat Ipoh membabitkan kos RM15.6 juta.

Satu majlis pecah tanah diadakan pagi tadi (Isnin) dengan majlis dilakukan Menteri Besar Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir. Kemudian majlis perasmian program berkenaan dilakukan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

Zambry yang teruja dengan perkembangan ini menyifatkan pemilihan Perak itu sebagai satu yang istimewa.

Serentak dengan itu beliau berkata kerajaan negeri sentiasa prihatin menyediakan rumah-rumah kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Sambil menafikan dakwaan pembangkang kerajaan negeri tidak membina rumah-rumah kos rendah.

Dalam konteks ini, Menteri Besar juga meminta pemaju-pemaju yang diberikan tanggungjawab ini juga perlu bersama-sama memikirkan cara mewujudkan satu persekitaran yang kondusif di satu-satu kawasan perumahan.

Zambry berkata demikian kepada media di Majlis Perasmian Program Perumahan Rakyat Seri Iskandar di Seri Iskandar.

Sementara itu Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mencadangkan syarat maksimum pendapatan pemohon bagi Skim Sewa Beli Projek Perumahan Rakyat (PPR) dinaikkan kepada RM3,000 (dari sekarang RM2.500).

Perkara ini kata menteri berkenaan, akan dibawa kepada sidang Kabinet minggu depan.

Rasionalnya kata beliau pendapatan pemohon selaras dengan penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). "?Apabila ia selaras dengan BR1M maka mudah bagi pihak Kementerian untuk membuat semakan bagi memastikan pemohon-pemohon yang benar-benar layak dapat memiliki rumah PPR,’’ katanya.

Kerajaan membina sebanyak 99 unit rumah PPR yang berharga RM157,000 setiap unit dan kemudiannya menjualnya kepada pemohon yang benar-benar layak pada harga RM35,000.

Noh menjelaskan menerusi skim ini, pemohon yang berjaya dan terpilih tidak perlu membayar apa-apa deposit dan mereka hanya perlu membayar sewa bulanan dalam tempoh tertentu sehingga tamat pembayaran dan rumah itu menjadi hak milik mereka.

Kementerian akan membuat perjanjian dengan kerajaan negeri Perak bagi mengenakan syarat supaya pemilik rumah PPR tidak boleh menjual rumah mereka kepada pihak ketiga. Bagaimanapun pemilik hanya boleh menjual rumah PPR itu kepada kementerian.

Selain PPR di Seri Iskandar, Kerajaan Persekutuan telah menyiapkan tujuh projek PPR di negeri Perak yang meliputi 915 unit rumah.

Projek rumah PPR itu adalah 29 unit di Kampar, 64 di Sungkai, 9 unit di Batu Gajah, 112 unit di B untong Permai, 45 unit di Tanjung Malim, 416 unit di PPR Buntong Harmoni, 240 unit di Batu 2 1/2 Taiping dan 260 unit di Kamunting.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana