BEZA ANTARA SIKAP NAJIB DAN MAHATHIR…

TINDAKAN Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu menyerahkan kerajaan, parti dan negara dalam keadaan baik kepada penggantinya adalah cerminan sebuah keperibadian yang mulia.

Ini amat berbeza dengan bekas pemimpin negara terdahulu yang walaupun mentadbir negara paling lama, namun tidak berhasrat untuk memastikan para penggantinya menerima kerajaan dan parti dengan tenang.

Sebaliknya, bekas pemimpin berkenaan berterusan dilihat mahu berkuasa walaupun tidak lagi berkhidmat.

Bukan sahaja dia tidak ‘menyediakan’ suasana yang baik kepada penggantinya, malah segala kelemahan, kesalahan dan ‘keburukan’ yang pernah dilakukan selama ini terpaksa dipikul oleh Perdana Menteri terkini.

Inilah sifat antara dua pemimpin yang kita ada. Tak perlu diperkenalkan lagi, selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri ia seolah-olah tidak cukup buat Tun Dr Mahathir Mohamed untuk berkuasa.

Akibatnya pada zaman Pak Lah Badawi dan zaman Najib sekarang ini, Dr M terus mengacau para penggantinya tersebut.

Amat berbeza sikap dua pemimpin negara ini…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana