Berpuluh Tahun Untuk Mahathir Mengaku Silap, Kena Ingat Tu..

3 hari dulu dalam apa yang dilihat sebagai cubaan untuk menyucikan dirinya sendiri, Mahathir meminta maaf kepada Raja-Raja Melayu kerana meminda perlembagaan persekutuan pada tahun 1993 supaya perkenan Raja-Raja Melayu tidak diperlukan dalam mewartakan sesebuah undang-undang.

Tahun 2006 dulu pulak, Mahathir mengaku tersilap menuduh dan menerima penjelasan George Soros bahawa dia bukan penyangak matawang yang membawa kepada berlakunya krisis ekonomi 1997.  Situasi ini meninggalkan persoalan yang besar, kalau bukan Soros, siapa sebenarnya yang silap sehingga krisis yang hampir melingkupkan ekonomi negara itu?  Mahathir ke?

Tapi itu cerita untuk masa yang lain lah.

Yang penting, dua contoh di atas menunjukkan Mahathir mempunyai kecenderungan mengakui kesilapan/kesalahan selepas bertahun-tahun kalau tak berpuluh tahun selepas melakukan kesilapan – itupun kalau tidak ada benda/orang lain nak dipersalahkan.  Kalau ada, orang dah meninggal pun dia akan letakkan kesalahan, bukan kira, yang penting dia nampak suci sepanjang masa.

Entah berapa ramai keluarga yang berpecah belah kerana percaya/tidak percaya dengan apa yang Mahathir cakap dalam 2 hal itu saja, sekarang, senang-senang dia cuci tangan.

Maka itu, dalam hal menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak menghilangkan wang negara sebanyak RM 42 billion ini pun, siapa tahu kalau Mahathir akan mengaku tersilap lagi dan berapa tahun pulak masa yang akan diambil untuk mengakui kesilapannya (Mahathir 91 tahun dah)?  Cerita RM 42 billion itupun entah hilang kemana dengan semua siasatan menunjukkan tidak ada wang yang hilang sebanyak yang cadangkan.

Sekarang pun dah ada ura-ura ke arah itu terutama setelah Mahathir mengakui wujud konspirasi oleh beberapa orang Tan Sri untuk menjatuhkan Najib secara tidak demokratik.  Mahathir nak kata konspirasi wujud (selepas sekian lama menafikannya), cuma dia tidak terlibat tapi Tan Sri-Tan Sri itu semua.

Jadi kepada badigol-badigol yang melihat apa juga keluar dari mulut Mahathir macam wahyu tu, insaflah sikit.  Jangan ingat semua benda dia buat dan cakap hari ini tu betul, satu hari kalau dia mengaku silap macam itu saja, kamu semua nak letak muka kat mana?

Bab membodohkan orang ni Mahathir memang cukup handal dan dia tidak pernah berasa kesal melakukannya, dua contoh di atas tu sebagai bukti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana