Berhati-hatilah dengan Mahathir...

Mungkin kerana tertekan dan tidak lagi mendapat kerjasama yang diharapkan Tun Mahathir Mohamad membuka pekong penglibatan tiga Tan Sri dalam usaha menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pendedahan itu dibuat ketika menjawab soalan pemberita dalam sidang media dimana Mahathir mengatakan salah seorang dari tiga Tan Sri itu mengkhinati kumpulan tersebut.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Mahathir 'menyusahkan' orang yang mempercayainya dengan pendedahan tidak perlu seperti ini.

Antara yang pernah kena adalah Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, apabila Mahathir menceritakan pada media kononnya beliau ingin meletak jawatan.

Mungkin salah satu cara beliau apabila bertemu orang adalah menyimpan 'kesalahan' dan akan menggunakan apabila orang itu tidak lagi mendengar cakapnya.

Siapa tahu...?

Bagi Ahli Panel Lembaga Penasihat SPRM, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, dakwaan Mahathir itu sangat serius dan perlu disiasat secara terperinci kerana perbuatan tersebut boleh dianggap mengkhianati kepercayaan rakyat.

Lebih-lebih lagi jelas beliau, ketiga-tiga Tan Sri berkenaan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong bagi mempertahankan keluhuran serta integriti penjawat awam dan bukannya terbabit dalam peranca­ngan menjatuhkan Perdana Menteri.

“Dakwaan Dr. Mahathir yang secara terbuka mengaitkan ketiga-tiga Tan Sri ini dalam usaha menggulingkan Perdana Menteri amat serius dan kita kini boleh mengagak bagaimana maklumat-maklumat sulit boleh terlepas ke negara lain.

“Pada saya, jika benar mereka mempunyai peranan sebagaimana didedahkan Dr. Mahathir jelas sekali mereka ini amat tidak bertanggungjawab,” katanya.

Kelmarin Mahathir mendakwa bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz; bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dr. Abu Kassim Mohamed dikhianati salah seorang daripada mereka.

Bekas Perdana Menteri itu membuat pendedahan tersebut selepas Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun menjelaskan laporan polis yang dibuatnya ke atas Zeti, Abdul Gani dan Abu Kassim berjaya menggagalkan usaha menggulingkan Perdana Menteri.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Aziz yang juga mendesak agar ketiga-tiga Tan Sri tersebut mengambil tindakan undang-undang ke atas Mahathir, jika merasakan dakwaan bekas Perdana Menteri itu fitnah.

“Mereka yang ketika ini kekal mengambil pendekatan berdiam diri perlu tampil menyaman Dr. Mahathir jika yakin berada di pihak benar kerana nama mereka telah didedahkan secara terbuka oleh Dr. Mahathir,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana