Berbelit Belit Lah Madey Ni!!!! Mungkinkah Muhyiddin Tan Sri Yang Ke-4?

MAHATHIR menukar versi ceritanya lagi.  Kalau semalam dia mendakwa ada 3 Tan Sri (yang juga pegawai tinggi kerajaan) terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan Datuk Sri Najib Tun Razak, hari ini angka itu bertukar menjadi 4 Tan Sri pulak dah.

Sememangnya sejak kebelakangan ini, cakap Mahathir satu pun tak boleh dipakai.

Apa pun penulis nak bagitahu, 3 Tan Sri atau 4 Tan Sri, bukanlah isu, rakyat tak peduli pun.  Apatah lagi,  Mahathir bukan yang pertama bangkit soal Tan Sri-Tan Sri terbabit dalam konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri ni, Raja Petra Kamarudin (RPK) dah cakap lama sebelum ini pun.

Kalau RPK yang beribu ribu batu jauh itupun tahu, apakah takde orang lain disini yang tahu?

Jangan kata Tan Sri, bab konspirasi itupun dia sebut awal – lama sebelum Mahathir mengakui akan kewujudannya (konspirasi).  Maksudnya, memang wujud konspirasi untuk jatuh Perdana Menteri dan sebab wujud konspirasi, apa juga yang selama ini dianggap bukti, boleh lupakan sajalah, pasal konspirasi tak guna fakta tapi auta.

Apa pun, ia masih tidak kurang menarik, terutama bab meneka siapakah dia Tan Sri Ke-4 ini?  Adakah dia Muhyiddin (Tan Sri)?  Satu rakaman mesyuarat MT UMNO yang tersebar satu waktu dulu dimana Muhyiddin mengakui kewujudan konpsirasi untuk menjatuhkan Najib kembali menghantui penulis.

Begitupun, sedar atau tidak, betapa mendalamnya pengetahuan Mahathir mengenai kewujudan konspirasi ini – disabalik penafian bahawa dia terlibat dengan konspirasi tersebut.  Berapa Tan Sri terlibat, siapa yang khianat siapa, semua Mahathir tahu nampaknya.  Mahathir mungkin satu-satunya manusia dalam dunia yang tahu secara mendalam akan sesuatu konspirasi tapi tidak terlibat dengannya.

Dengan bagaimana ini boleh berlaku (tak terlibat tapi segalanya tahu), penulis pun sukar nak memikirkannya.  Mungkin ini strategi politik versi Kerala yang kita semua belum pernah didedahkan dengannya.  Dah hujung-hujung nafas ini barulah dia nak keluarkan senjatanya yang ‘paling hebat’.

Pun tak hebat jugak, orang lain hebat lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana