Berbalah Lah Engkau Orang......Tak sependapat, PAN bidas DAP tidak anggap PRIBUMI rasis

PAN tidak menganggap PRIBUMI sebagai parti rasis meskipun hanya membenarkan ahli Bumimputera menganggotainya, kata Pengarah Komunikasinya, Khalid Abdul Samad.

Anggapan itu sekaligus menolak kenyataan Pemuda DAP yang sebelum ini Pemudanya berkata parti yang mengamalkan diskriminasi kaum tidak akan menyelamatkan Malaysia dan tidak berbeza dengan UMNO.

“Walaupun mengkhaskan keahliannya kepada Melayu and Bumiputera, tidak semestinya mereka bersifat perkauman.

“Perkauman ditakrifkan sebagai perasaan anti sesuatu kaum, mencintai kaum sendiri bukan perkauman.” kata Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad pada sidang media disertai pimpinan parti itu, Selasa.

Selain disokong PAN, ia turut dijangka akan mengadakan kerjasama dengan PKR, namun tidak pula bagi DAP.

Perkara itu dibidas Khalid dengan menyatakan penubuhan PRIBUMI adalah salah satu fasa dalam proses membawa keluar pemikiran Bumiputera negara ini dari politik perkauman.

“Pendekatan seperti ini kita harap akan dibawa Muhyiddin dan Dr Mahathir sebagai penaja utama mereka.

“Kami harap corakpolitik perkauman akan sentiasa dijauhi supaya bina parti Melayu yang bebas daripada perkauman dan mengutamakan prinsip keadilan,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana