Belum lulus RoS, PRIBUMI sudah mahu rebut kerusi

Meskipun kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) belum diperolehi PRIBUMI, namun Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan pembahagian kerusi dengan parti pembangkang lain sebagai agenda utama untuk dibincangkan.

Muhyiddin BersatuMenurutnya, rundingan mengenai perkara tersebut akan dijalankan sebaik sahaja pendaftaran parti itu diluluskan RoS.

“Untuk itu mesti diadakan proses perbincangan bagi menentukan kerusi mana yang akan ditandingi PRIBUMI,” katanya pada sidang media, Ahad.

Menurutnya lagi, terdapat beberapa kawasan yang dikenal pasti untuk diletakkan calon PRIBUMI.

“Mungkin beberapa kerusi sudah diperuntukkan kepada PAS dan PKR namun jika mereka memahami matlamat kita ialah bekerjasama, justeru atas dasar itu kita akan berunding,” tambahnya.

Kenyataan Muhyiddin tersebut dilihat tidak praktikal memandangkan PAS dan PKR sendiri gagal mencapai kata sepakat berhubung isu kerusi, contoh paling jelas semasa Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar lalu dimana menyaksikan saingan tiga penjuru dengan parti pilihan Pakatan Harapan, PAN (Parti Amanah Negara).

PKR gagal dalam usaha rundingan kerusi dengan PAS bagi memberi laluan kepada PAN.

Mengulas lanjut akan perkara itu, jelas Muhyiddin lagi gabungan pembangkang tersebut perlu dibentuk selewat-lewatnya 2018.

Menurut beliau lagi, mana-mana parti yang mempunyai peluang paling cerah untuk menang wajar diberikan kerusi berkenaan untuk ditandingi.

Ia juga bergantung kepada sokongan dan populariti UMNO yang semakin merosot walaupun di kawasan dianggap kubu kuat parti berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana