Bekas Pegawai Khas Politik Cabar Muhkriz Bersumpah Dengan Al-Quran

Rasanya ini adalah kali pertama anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mukhriz yang juga bekas Menteri Besar Kedah dicabar untuk menafikan dakwaak dia ada cita-cita untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada 2018 untuk mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Cabaran itu dibuat oleh bekas Pegawai Khas Politik kepada Mukhriz, Haris Che Mat.

Beliau membuat cabaran itu ketika ditemubual Berita Harian (BH) hari ini dengan berkata rakyat Kedah tidak bodoh dan boleh mengetahui wujudnya keinginan untuk memegang jawatan berkenaan.

“Rakyat Kedah bukan tidak bodoh dan kami boleh baca agenda beliau untuk menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sahaja,” katanya.

Mukhriz sebelum ini diganti oleh orang lain ketika menjadi Menteri Besar Kedah dan kemudian digugurkan dari Majlis Tertinggi (MT) UMNO dua bulan lepas.

Kini, katanya Mukhriz termasuk dalam barisan kepimpinan parti baru Dr Mahathir, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) yang mengangkat perjuangan menjatuhkan Barisan Nasional (BN) sebagai agenda utama.

Haris dalam temubual berkenaan mencabar Mukhriz supaya bersumpah dengan Al-Quran menafikan yang beliau cuba mengambil laluan mudah untuk mencapai cita-citanya itu.

Katanya Mukhriz merancang untuk menjadi Naib Presiden Umno dalam pemilihan parti dua tahun lalu, dan kemudian bertanding timbalan presiden pada 2018.

“Saya cabar beliau bersumpah kalau tiada keingingan nak jadi Perdana Menteri secara ‘fast-track’”, katanya menurut laporan itu.

Akhbar BH melaporkan Harris meminta Mukhriz supaya hentikan gerakan Deklarasi Rakyat : Selamatkan Malaysia, yang dilancar tahun lalu oleh bapanya untuk menjatuhkan presiden Umno dan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Awal minggu ini Mukhriz menafikan dakwaan Haris yang mendakwa beliau melancarkan serangan terhadap Najib atas sebab cita-cita peribadi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana