Anak Megat Junid dedah keputusan penahanan ISA di atas arahan Tun Mahathir

Anak sulung bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub yakin bahawa sebarang tindakan atau keputusan yang diambil oleh Allahyarham sebelum ini berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah di atas arahan serta persetujuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Anak Megat Junid jawab tuduhan kepada ayah

Datuk Megat Fairus Megat Junid berkata, dalam konteks penahanan ISA, sekiranya benar Allahyarham menandatangani surat penahanan tersebut, ia adalah melalui kebenaran dan pengetahuan Mahathir yang merupakan Menteri Dalam Negeri pada waktu itu.

“Malah kemungkinan besar ia adalah atas arahan beliau (Mahathir) yang juga turut memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ketika itu,” katanya ketika sidang media di Kelab Tasik Putrajaya hari ini.

Sebelum ini, menerusi blog Chedet.cc, Tun Mahathir mendakwa tindakan penahanan ISA telah ditandatangani Megat Junid.

Dalam pada itu, Megat Fairus memaklumkan bahawa beliau merasa pelik dengan dakwaan tersebut memandangkan bagaimana kuasa sebesar itu boleh diberikan kepada timbalan menteri selama 11 tahun tanpa pengawasan dari seorang menteri.

“Selaku waris, saya dan keluarga amat sedih dan kesal atas dakwaan yang dilemparkan Mahathir kepada insan yang sudah tiada,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya berharap agar Mahathir tidak mengulangi pertuduhan dan memburukkan nama Allahyarham yang sudah meninggal dunia.

Sinar Harian

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana