Posts

Showing posts from August, 2016

Rasuah Rumah Kos Rendah, DAP Gagal Lagi

Image
KEGAGALAN demi kegagalan yang melanda kerajaan DAP Pulau Pinang membuktikan segala laungan telus dan sebagainya hanya retorik semata-mata. Tindakan DAP yang sering mengkritik pentadbiran kerajaan Malaysia akhirnya memakan diri mereka sendiri. Isu rasuah dalam mendapatkan unit rumah kos rendah di Pulau Pinang merupakan sebahagian kecil dari salahlaku yang melanda pentadbiran DAP. Percayalah, satu demi satu bukti penyelewengan akan terbongkar dengan sendiri. Mereka yang teraniaya akan tampil ke depan melaporkan perkara tersebut secara sukarela. Namun dalam memastikan pihak yang tidak bertanggungjawab ini dibawa ke muka pengadilan maka cadangan parti Gerakan agar  kerajaan negeri membentuk sebuah suruhanjaya siasatan mengenai isu dakwaan berlaku rasuah dalam mendapatkan unit rumah kos rendah merupakan satu desakan yang perlu diambil berat. Menurut Pemangku Naib Pengerusinya Oh Tong Keong, parti Gerakan ingin menghantar anggotanya untuk menjadi sebahagian daripada suruhanjaya itu.

Bila KEna Hidung DAP Diammm Ptuihhhh!!!!! DAP Tak Akan Siasat Kes 'Rasuah Untuk Rumah'

Image
GEORGE TOWN: DAP Pulau Pinang tidak akan membuka siasatan dalaman terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang, Lim Siew Khim berhubung dakwaan mengaitkan bapanya dengan amalan rasuah dalam satu kes mendapatkan rumah kos rendah oleh seorang pembeli. Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, perkara ini tidak melibatkan Siew Khim, jadi tiada keperluan untuk membuka siasatan terhadapnya dan DAP tidak akan membuat sebarang siasatan dalaman yang tidak melibatkan anggota parti. "Perkara ini menjadi isu (kerana) kebetulan orang yang terlibat ini merupakan ayah kepada seorang Adun namun saya diberitahu ayah Siew Khim bukan seorang ahli DAP," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di Padang Kota Lama sini, Rabu. Pada Selasa, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, Datuk Abd  Aziz Aban telah mengesahkan SPRM telah memulakan penyiasatan terhadap urusan dikenali sebagai 'rasuah un

Akhirnya Husam sarung jersi PAN…Tak Hairan Lah

Image
Ramai yang sudah jangka Datuk Husam Musa hendak kemana selepas dipecat dari PAS pada 6 Mei lalu selepas sering mengkritik kepimpinan parti. Sebab itu bukan sesuatu yang mengejutkan pada Selasa malam ADUN kawasan Salor di Kelantan dan bekas Naib Presiden PAS ini umum sertai Parti Amanah Negara (PAN). Entah apa stategi politiknya.Sekalipun diketahui umum tidak sebulu dengan pimpinan PAS beliau masih bergayut pada parti itu sehinggalah dipecat. Husam turut tewas dalam pemilihan PAS di Kuala Selangor pada 2015.Beliau bertanding jawatan Naib Presiden.Namun beliau kemudian tidak menyertai gerombolan pimpinan PAS yang kalah keluar untuk tubuh parti baru. Jadi bukanlah mengejutkan juga semasa berucap mengumumkan nak masuk PAN  pada majlis Makan Malam Ambang Merdeka di Cyberjaya beliau mendakwa PAS kini parti yang tidak ada arah. "Bagi saya Amanah adalah parti yang meneruskan perjuangan asal PAS yang telah dikhianati oleh orang PAS sendiri," katanya. Hadir sama di majl

Khairy Bidas Kenyataan 'Ultra Kiasu' Ridhuan Tee

Image
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin membidas ahli akademik, Ridhuan Tee Abdullah di atas kenyataannya mengenai sukan yang disifatkan "salah dan tidak bertanggungjawab". Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, istilah "ultra kiasu" yang digunakan Tee terhadap altet negara menerusi kolumnya dalam akhbar berbahasa Melayu bersifat menghina. "Ia merupakan penghinaan kepada atlet. Saya mengambil kenyataan beliau sebagai sangat tidak tepat. Saya juga kecewa dan marah. "Beliau tidak tahu mengenai atlet sebagaimana saya kenal mereka. Dan mereka bukan seperti yang didakwanya. "Adalah lebih beliau tidak mengeluarkan kenyataan seperti itu," katanya kepada pemberita pada mesyuarat Umno Bahagian Bandar Tun Razak. Tee dikecam selepas menyatakan bahawa pemenang pingat Olimpik negara tidak patriotik dan hanya bertanding dalam sukan untuk ganjaran wang dan satu cara untuk meraih populariti. Beliau berkata, sukan menjadi satu

Makin Buruk Perangainya Nampak!!!!! Muhyiddin guna isu RM4b alih pandang terhadap 'kecurangan', kata setiausaha akhbar PM

Image
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba mengalih pandangan terhadap ‘kecurangannya’ dengan menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memiliki hampir RM4 bilion dalam akaun banknya, kata setiausaha akhbar Najib Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad. Hujung minggu lalu, Muhyiddin berkata beliau hampir pengsan apabila bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menunjukkan bukti kepadanya bahawa Najib memiliki hampir RM4 bilion dalam akaun banknya. “Beliau (Muhyiddin) melandaskan karier politiknya sebagai seorang beragama. “Bagaimanakah beliau akan menjadi presiden parti baru Dr Mahathir Mohamad, ketika ada rekod mahkamah menyatakan beliau bertahun-tahun berlaku curang dengan isteri orang?” kata Tengku Sariffudin dalam satu kenyataan akhbar. Beliau merujuk kepada pengisytiharan bersumpah yang mendakwa Muhyiddin berlaku curang dengan seorang wanita yang kini sedang melalui proses perceraian. Tengku Sariffuddin berkata, akaun bank Najib

Isu Paya Indah Wetlands boleh ancam jawatan Menteri Besar milik Azmin - Penganalisis

Image
BANGI: Jawatan Menteri Besar Selangor yang kini dipegang Datuk Seri Azmin Ali, berkemungkinan terancam ekoran pendedahan kontroversi Paya Indah Wetlands oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).    Penganalisis politik Prof Madya Datuk Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, ia berikutan isu berkenaan kini sedang berada di dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).   "Menjadi Menteri Besar akan mendedahkan beliau kepada pelbagai kesalahan, sekiranya perkara ini benar menjadi satu kesalahan yang beliau lakukan saya percaya ini juga boleh menjadikan satu titik permulaan kepada isu yang besar yang terpaksa beliau tanggung," katanya ketika temubual eksklusif bersama Antarapos.   Tambahnya, skandal Paya Indah Wetlands sudah tentu akan meletakkan jawatan Azmin dalam risiko sekiranya terbukti Timbalan Presiden PKR itu ada melakukan kesalahan dalam penukaran status pertanian kepada komersial di lot tanah 68054 yang dikatakan milik kawasan hijau berkenaan. 

PM ziarah hero filem Bukit Kepong...

Image
Setiap kali bulan kemerdekaan, ketika filem Bukit Kepong ditayangkan di kaca TV, ramai yang terpesona dengan lakonan mantap Tan Sri Jins Shamsuddin. Bukit Kepong merupakan cerita perjuangan pasukan polis dan masyarakat tempatan di Bukit Kepong, Johor melawan komunis pada tahun 1950. Kemuncak pertempuran berlaku pada 23 Februari di balai polis Bukit Kepong yang mempunyai 18 orang anggota. Filem ini menggambarkan semangat waja yang ditunjukkan oleh pasukan polis, walaupun mereka diserang oleh 180 orang pengganas komunis, tetapi mereka tetap berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir untuk mempertahankan negara. Jins Samsudin merupakan pengarah filem sekaligus hero iaitu Sarjan Jamil. Siapa lupa dialog popular Sarjan Jamil ketika dikepung komunis. "Kami Orang-Orang Polis Tidak Akan Menyerah Diri....!!! Biar Kami Mati Di Sini.. Malaysia Menjadi Tanah Kubur Kami.." Pada Selasa dalam sibuk dengan jadual tugas seharian, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menz

Dakwaan terbaru Muhyiddin terhadap PM...boleh percaya ke?

Image
Tentu ramai bertanya kenapa tiba-tiba setelah sekian lama Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat dakwaan terbaru berkaitan dana dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.   Dalam ceramahnya di Ketereh,Kelantan kelmarin bekas Timbalan Perdana Menteri itu dakwa konon sudah ada RM1 billion dalam akaun itu sebelum dana dari Arab Saudi RM2.6 billion masuk.   Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sarifuddin Ahmad Selasa mengeluarkan satu kenyataan menafikan dakwaan terbaru itu.   Katanya mungkin dakwaan terbaru ini satu cubaan Muhyiddin untuk alih perhatian dari akuan bersumpah kes cerai Nika Gee.   (Kes cerai itu yang sudah masuk mahkamah mencuri perhatian ramai.Ini kerana dalam surat akuan bersumpah suami wanita itu,seorang bekas pendakwaraya mendakwa seorang tokoh politik ada hubungan sulit dengan isterinya).   Tengku Sarifuddin bertanya bagaimana beliau hendak jadi Presiden sebuah parti baru yang dinaungi oleh Tun Dr Mahathir Mo

Akhirnya.....Husam Umum Sertai Amanah....PAS Tak Kesah Pun

Image
CYBERJAYA:  Bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa pada Selasa mengumumkan beliau kini menyertai Parti Amanah Negara (Amanha). "Bagi saya Amanah adalah parti yang meneruskan perjuangan asal PAS yang telah dikhianati oleh orang PAS sendiri," katanya ketika berucap mengumumkan perkara tersebut pada majlis Makan Malam Ambang Merdeka bersama YB Datuk Husam Musa di Cyberjaya di sini malam Selasa. Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor dipecat keanggotaannya dalam PAS April lalu, susulan lantang mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan wujud kerjasama PAS-Umno. Amanah bergabung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam Pakatan Harapan. 

Sebab itu aku kekal bersama UMNO dan Undi Barisan...Parti lain nak jaga Bangsa melayu..usah mimpi laa...!!

Image
  Jgn harapla parti lain nk jaga bangsa melayu....

Tolak Menolak Lah Tu.....Isu pecat Chegubard kena tanya Rafizi - Naib Presiden

Image
SHAH ALAM: Naib Presiden PKR, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin enggan mengulas lanjut berhubung status pemecatan bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin daripada parti itu. Beliau sebaliknya berkata sebarang pengesahan status pemecatan itu wajar dirujuk kepada Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli. "Hal Chegubard kena tanya Rafizi. "Semua hal surat-menyurat secara rasminya tugas Setiausaha Agung," katanya ringkas semasa dihubungi Antarapos, hari ini. Shaharuddin juga enggan memberi respon apabila diajukan soal pemalsuan tandatangan Rafizi dalam surat pemecatan Badrul, baru-baru ini. Terdahulu, Badrul atau Chegubard membidas Rafizi dan melabelnya sebagai bacul ekoran mengambil pendekatan membisu meskipun mengetahui tandatangannya dipalsukan. Kekeliruan berhubung status keanggotaan Chegubard di dalam parti bermula apabila Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu menerima surat pemecatan menerusi emel pada pagi 26 Ogos lalu. Menurut surat

SPRM Siasat Bapa Adun DAP...MEmang Kurang Ajar Itu Baru Memerintah NEgeri Kalau Negara Ini?

Image
GEORGE TOWN: Bapa kepada Adun Sungai Pinang, Lim Siew Khim kini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa menerima rasuah bertujuan untuk membantu orang ramai mendapatkan rumah kos rendah dan mampu milik. Difahamkan SPRM telah memanggil beberapa orang yang terlibat selepas klip video yang menunjukkan bapa Lim, Keat Seong sedang menjelaskan kepada individu tertentu bagaimana untuk "memotong barisan" di kawasan perumahan di negeri ini dengan membayar RM260 bagi borang permohonan dan wang untuk "Uncle Lim". Suruhanjaya itu dijangka mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi. Difahamkan bahawa suruhanjaya itu telah mula mengumpul maklumat daripada mangsa dan individu yang dilihat dalam video berkenaan termasuk penjawat awam yang bertanggungjawab bagi perumahan di Pulau Pinang dan beberapa pemimpin Gerakan. Lim adalah wakil rakyat penggal pertama dan ibu kepada lima anak. Pada Isnin, Lim menegaskan bahawa sama ada beliau atau bapa

Bapa ADUN DAP Kantoi Kutip Wang Dari Bakal Pembeli Rumah

Image
Dari malam semalam bawa ke hari ini ramai pemimpin DAP tak senang duduk gara-gara tersebarnya video melibatkan bapa kepada seorang wakil rakyat DAP yang terpaksa berdepan beberapa bakal pembeli rumah yang menuntut balik wang mereka. Satu video dimuatnaik laman Facebook Penang Kini memaparkan seorang lelaki, yang didakwa bapa Siew Khim, Keat Seong, bersama seorang broker dan seorang pembeli rumah yang ‘diperdaya’ berbual mengenai syarat-syarat penyelesaian selepas gagal membeli sebuah rumah. Menurut video itu, mereka yang berminat untuk ‘ambil jalan pintas’ dalam skim program rumah mampu milik kerajaan, perlu membayar RM260 untuk borang dan duit untuk ‘Pakcik Lim’, yang akan memastikan mereka mendapat seunit rumah. – petikan dari FMT. Kita tak tahu apakah ini jenis aktiviti scam yang terbaru untuk memperdaya bakal pembeli rumah atau si agen pengutip duit (orang tengah) ini memang ada kabel kuat di kalangan pemaju perumahan dan orang besar yang berkaitan di Pulau Pinang hingga be

Azmin berfikiran sempit, tonjol sikap ‘politiking’

Image
Tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menolak usaha Kerajaan Persekutuan membina lebuh raya baru di negeri itu bagi menangani masalah trafik menunjukkan pemikiran politik beliau yang sempit. Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi berkata kenyataan Azmin pada Khamis lalu menunjukkan sikap ‘politiking’ beliau dalam menjalankan urustadbir kerajaan negeri Selangor. “Azmin perlu ingat bahawa realiti permasalahan yang sedang dan bakal dihadapi rakyat itu janganlah dikelirukan dengan alasan-alasan pemikiran yang sempit dan tidak munasabah. budiman KIDEX“Kenyataan Azmin itu adalah bersifat selektif dan tidak mencerminkan komitmen serta kesungguhan kerajaan negeri dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sedang dan bakal dihadapi oleh para pengguna jalan raya khususnya rakyat di Selangor serta Lembah Klang,” kata Budiman. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di akaun Facebooknya pada Isnin. Dengan penolakan ters

Tiada sambutan, mahasiswa demo haram nak jelajah universiti

Image
Meskipun himpunan haram #Tangkap MO1 gagal mendapat sambutan, namun mahasiswa tetap meneruskan perancangan mereka untuk menggerakkan ‘Jelajah Tangkap MO1’ bagi menghasut mahasiswa lain. Anis Syafiqah 1Menurut jurucakapnya, Anis Syafiqah Mohd Yusof, pihak mereka kononnya memerlukan lebih ramai lagi mahasiswa yang sedar bagi mengumpul kekuatan mereka bagi menggerakkan jelajah tersebut. Tambah beliau, sebanyak 10 universiti terpilih akan diadakan jelajah termasuk Institut Pengajian tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Sabah dan Sarawak. “Dengan ini kami umumkan bahawa akan diadakan Jelajah Siswa Tangkap MO1 di setiap jampus setelah bermulanya semester baru ini,” katanya pada sidang media di Bangsar, Isnin. Anis Syafiqah 3Menurut Anis lagi, pihaknya masih berada di peringkat perbincangan bagi mendapatkan kelulusan universiti untuk membenarkan jelajah tersebut diadakan. “Kita harap pihak universiti akan memberi kelulusan kepada kita untuk membuat jel

Hapus Diskaun Perumahan Bumiputra, Apakah Tersirat?

Image
1. Keputusan kerajaan Selangor menghapuskan diskaun 10 peratus untuk golongan Bumiputra membeli rumah mampu milik adalah cara 'halus' menghalang orang Melayu meningkatkan pemilikan perumahan di negeri ini. 2. Malah keputusan kerajaan Selangor menetapkan harga pangsapuri perkhidmatan ('service apartment') mampu milik dari RM250,000 hingga RM270,000 dibuat secara tersirat, memandangkan tidak ramai kalangan orang Melayu berkemampuan membeli rumah pada harga tersebut. 3. Manakala kenyataan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim bahawa rumah mampu milik adalah hak golongan berpendapat rendah jelas bercanggah dengan keputusannya menaikkan pendapatan siling untuk memiliki rumah mampu milik dari RM8,000 kepada RM15,000. 4. Persoalannya, adakah mereka yang bergaji RM15,000 didefinisikan sebagai golongan berpendapatan rendah dan berapa peratus orang Melayu di negeri ini yang menerima gaji setinggi itu? 5. Majoriti orang Melayu di negeri ini menerima gaji d

Muhyiddin sudah tidak ada modal....- Salleh

Image
Datuk Seri Salleh Said Keruak kata Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar fokus kepada parti barunya dan membuat persiapan untuk pilihanraya umum akan datang dari terus ulang cakap mengenai isu lama pasal 1MDB dan dana diterima Perdana Menteri dari Timur Tengah. Menteri Komunikasi dan Multimedia itu menilai bekas Timbalan Perdana Menteri sudah ketandusan modal hingga terpaksa ungkit dakwaan lama untuk jatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau menyatakan demikian dalam tulisan terbaru di blognya Selasa sebagai mengulas dakwaan Muhyiddin konon dalam akaun Perdana Menteri sudah ada RM1 billion sebelum terima sumbangan dana dari Timur Tengah. Menurut Salleh sepatutnya Muhyiddin sudah sedar isu-isu ini tidak beri kesan dalam gerakan mereka untuk jatuhkan Perdana Menteri. Katanya jika berkesan Najib sudah tidak lagi Perdana Menteri dan Barisan Nasional tidak menang cemerlang pada pilihanraya negeri Sarawak dan pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Salleh bertanya bila Muhyi

KJ perlu masa baca dokumen dari pendrive yang diberi TMJ

Image
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata beliau memerlukan masa untuk membaca semua dokumen yang terkandung dalam pendrive yang diserahkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Katanya, beliau hanya mula membaca secara terperinci kandungannya malam tadi dan mengakui tidak boleh menghabiskannya dalam masa satu malam. Pendrive itu didakwa mengandungi maklumat mengenai ketirisan dan salah laku dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). “Ada 279 halaman mengenai laporan itu dalam pemacu pena tersebut. Ia diberikan kepada saya pada Jumaat. Saya mempunyai sedikit waktu lapang pada Sabtu dan Ahad tetapi masih terlibat dalam beberapa program seperti FitMalaysia pada Sabtu dan satu lagi acara pada sebelah petang. “Saya hanya dapat membacanya malam tadi. Anda perlu beri saya sedikit masa untuk membaca semua dokumen itu. (Selepas itu) Saya akan maklumkan kepada anda langkah seterusnya,” kata Khairy. Beliau bagaimanapun enggan menjawab soalan lain mengenai pemacu pe

Dolak dalik kerajaan Selangor... hapus atau tidak diskaun Bumiputera

Image
Ada bidalan popular dikalangan orang Melayu, 'Siakap, senohong, gelama, ikan duri, bercakap bohong, lama-lama mencuri... Al kisah isu baru di negeri pimpinan PKR, DAP dan PAS di Selangor yang berdolak dalik mengenai status sebenar apakah diskaun 10 peratus pembelian rumah yang dinikmati oleh kaum Bumiputera dihapuskan atau tidak. Kalau mengikut Exco Selangor Datuk Teng Chang Kim ianya dihapuskan bermula 1 September selepas perubahan syarat dan dasar pemilikan hartanah Selangor bagi pembelian tiga jenis hartanah komersial mampu milik. Tapi Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali kata lain pulak. Menurut Azmin, walaupun akan ada perubahan dalam syarat dan dasar pemilikan hartanah mampu milik bagi pangsapuri khidmat, Pejabat Kecil Pejabat Rumah (SOHO) dan Pejabat Kecil Pejabat Maya (SOVO), ia tidak membabitkan pemansuhan diskaun 10 peratus kepada Bumiputera. "Datuk Teng Chang Kim (EXCO Selangor) ada menghubungi saya memaklumkan salah faham berkaitan dengan kenyataannya, be

Inilah Dikatakan Cakap Tak Serupa Bikin.....Demonstrasi Jalanan & Sindrom Mahathir Mudah Lupa

Image
Empat belas tahun lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu Presiden UMNO dalam ucapan pengulungannya ketika di Perhimpunan Agong UMNO 2001 telah membacakan sajak bertajuk ‘Melayu Mudah Lupa’. Semasa membaca sajak tersebut, Tun Mahathir mengalirkan air mata sebak mengenang bangsanya yang dikatakannya mudah lupa sejarah lama. Tak sedikit orang Melayu khususnya ahli dan penyokong UMNO turut sama berkongsi rasa sebak, baik yang berada di PWTC tika itu mahupun mereka yang mengikuti siaran langsung dari rumah. Itu kisah 14 tahun dulu, ‘Melayu Mudah Lupa’.. sajak ingatan dari Tun Mahathir meminta bangsa Melayu jangan lupa sejarah lama tertindas dan digelarnya haprak di atas tanah air sendiri. Semalam, lewat petang tanggal 29 Ogos 2015 sebaik menjejak kaki di himpunan Bersih 4.0 tanda sokongan kepada peserta dan penganjur demonstrasi jalanan itu, Tun Mahathir membuktikan memang benar ada Melayu yang mudah lupa. Siapa? Tidak lain dan tidak bukan, Tun Mahathir sendiri. Tun Mah

Wakil rakyat DAP jauhkan diri daripada dakwaan rasuah terhadap bapa

Image
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang daripada DAP, Lim Siew Khim menafikan pembabitannya dan juga menjauhkan diri daripada dakwaan rasuah yang mengaitkan bapanya dalam kes seorang pembeli mendapatkan sebuah rumah kos rendah. Lim berkata dia amat kecewa dengan klip video yang tersebar dalam media sosial sejak semalam, yang merakamkan bapanya bersama dua lagi lelaki membincangkan perkara mengenai rumah kos rendah. "Ya, lelaki dalam video itu bapa saya, namun perkara ini berlaku di luar pengetahuan saya dan saya hanya tahu mengenainya malam tadi. Saya ingin tegaskan bahawa bapa saya tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi keputusan kerajaan negeri, begitu juga saya," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Lim ditemani beberapa pemimpin DAP termasuk ADUN Seri Delima R.S.N Rayer yang bertindak sebagai penasihat undang-undang, ADUN Padang Lalang Chong Eng dan Anggota Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim. Lim, yang juga Ketua Wanita DAP Pulau Pinang, me

Itu Pun Ada MElayu Tak Sedar Lagi!!!! Selangor hapus diskaun bumiputera 10 peratus beli pangsapuri...

Image
Entah apa lagi yang tinggal untuk penduduk bumiputera di negari yang ditadbir pembangkang selepas Kerajaan Selangor menghapuskan pula diskaun bumiputera untuk membeli rumah pangsapuri mulai 1 September ini. Dalam garis panduan itu, lapor Nanyang Siang Pau, 10 peratus diskaun bumiputera bagi pembelian pangsapuri perkhidmatan, SOHO (rumah pejabat) dan Sovo (pejabat maya di rumah) akan dimansuh. Bagaimanapun, kuota jualan 30 peratus untuk bumiputera akan diteruskan seperti biasa. “Kerajaan Selangor akan umumkan butiran terperinci semasa melaksanakan garis panduan ini pada 1 September depan,” Exco Selangor (DAP) Datuk Teng Chang Khim dipetik sebagai berkata. Sementara itu, menurut Teng lagi, bawah garis panduan baru, harga jualan pangsapuri perkhidmatan ditetapkan antara RM250,000 hingga RM270,000 seunit serta RM230,000 seunit bagi SOHO dan Sovo. Manakala kelayakan gaji pemohon pula dilapor dinaikkan daripada RM8,000 kepada RM15,000 untuk satu isu rumah. Bagaimanapun, keutama

NGO pro pembangkang hina mufti, Jakim, Jais... jahil murakkab

Image
Tan Sri Harussani Zakaria menganggap tindakan sebuah pertubuhan menobatkan anugerah “menghina kebijaksanaan” kepadanya semalam sebagai suatu penghinaan terhadap dirinya. Mufti Perak itu turut membidas Kumpulan Bertindak Bersama bagi Kesaksamaan Gender (JAG) dan Inisiatif Kesaksamaan Gender (GEI), yang menganjurkan anugerah tahunan “Aiyoh Wat Lah” bagi menyenaraikan kenyataan paling tidak masuk akal oleh pemimpin dan penjawat awam, sebagai tergolong dalam kategori “jahil murakkab” (bodoh berganda-berganda) kerana tidak memahami hukam Islam. “Apa benda yang tidak masuk akalnya. Saya tidak pernah cakap benda tidak masuk akal. Saya cuma kata ikut hadis Nabi Muhammad, isteri wajib patuhi arahan suami. “Ini satu penghinaan kepada saya. Saya cakap benda yang benar. Mereka tidak faham. Lagi satu, mereka ini jahil murakkab (berganda-ganda),” katanya. Semalam, majlis “Aiyoh Wat Lah” yang diadakan di Petaling Jaya menamakan Harussani antara mereka mengeluarkan kenyataan kontroversi ya

Zahid Belasah Muhyiddin..Padan Mukanya

Image
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta pendahulunya Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan bukti berhubung dakwaannya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memiliki hampir RM1 bilion dalam akaun bank peribadinya. Beliau juga menyelar Muhyiddin kerana membuat kenyataan tidak berasas berdasarkan khabar angin. "Minta dia berikan bukti jika dia ada. Dia menuduh perdana menteri kita, jadi dia mesti menunjukkan bukti. "Jangan buat dakwaan berdasarkan khabar angin," katanya apabila diminta mengulas satu laporan bahawa Muhyiddin mendakwa hampir RM1 bilion sudahpun ada di dalam akaun bank peribadi perdana menteri malah sebelum kontroversi yang dilaporkan secara meluas mengenai RM2.6 bilion. Menurut laporan itu, Muhiyiddin berkata beliau difahamkan mengenai simpanan itu sebelum daripada sumbangan yang dikatakan daripada Arab, daripada bekas Peguam Negara ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail. Ahmad Zahid bercakap kepada pe

Video Bapa Adun DAP Minta 'Wang Untuk Rumah Kos Rendah' Tersebar

Image
GEORGE TOWN: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang daripada DAP, Lim Siew Khim menafikan pembabitannya dan juga menjauhkan diri daripada dakwaan rasuah yang mengaitkan bapanya dalam kes seorang pembeli mendapatkan sebuah rumah kos rendah. Siew Khim berkata dia amat kecewa dengan klip video yang tersebar dalam media sosial sejak semalam, yang merakamkan bapanya bersama dua lagi lelaki membincangkan perkara mengenai rumah kos rendah. "Ya, lelaki dalam video itu bapa saya, namun perkara ini berlaku di luar pengetahuan saya dan saya hanya tahu mengenainya malam tadi. Saya ingin tegaskan bahawa bapa saya tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi keputusan kerajaan negeri, begitu juga saya," katanya dalam sidang akhbar di sini Isnin. Siew Khim ditemani beberapa pemimpin DAP termasuk ADUN Seri Delima R.S.N Rayer yang bertindak sebagai penasihat undang-undang, Adun Padang Lalang Chong Eng dan Anggota Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim. Siew Khim, yang juga Ketua

Husam Dijangka 'Sarung Jersi' Amanah

Image
PETALING JAYA: Datuk Husam Musa yang mengunci mulut mengenai masa depan politiknya selepas dipecat daripada PAS, dijangka akan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) dalam satu majlis yang akan diadakan malam Selasa. Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai perkara ini ketika diminta mengesahkan sama ada Adun Salor itu akan menyertai parti itu. "Akan ada pengumuman khas. Mari kita tunggu," katanya kepada The Star Online. Menurut jemputan yang dihantar kepada media pada Isnin, Husam akan membuat 'penampilan istimewa' pada majlis makan malam ambang merdeka yang dianjurkan oleh Amanah Putrajaya di Cyberjaya. Beliau akan disertai oleh Presiden Amanah, Mohamad Sabu. Jika Husam menyertai Amanah, ia bukanlah satu kejutan kerana beliau sebelum ini telah berkempen secara terbuka untuk parti itu semasa PRK Sungai Besar Jun lalu dan bukannya untuk PAS. Husam telah dipecat daripada PAS pada bulan Mei, berikut

'Jeneral Bank' Ditahan...Syabass SPRM Untuk Membanteras RASUAH

Image
PETALING JAYA: Pengerusi Bank Rakyat, Jeneral (Bersara) Tan Sri Abdul Aziz Zainal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa berjumlah RM15 juta. Beliau menjadi orang kedua daripada pengurusan tertinggi bank berkenaan yang ditahan SPRM. Sebelum ini pada Khamis minggu lalu, Pengarah Urusan bank itu, Datuk Mustafha Abd Razak ditahan dan dikenakan tahanan reman. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan tindakan suruhanjaya itu pada Isnin. "Saya mengesahkan penangkapan itu. Ia adalah untuk memudahkan siasatan yang sedang berjalan , " katanya yang enggan mengulas lanjut. Satu sumber memberitahu The Star bahawa pengerusi Bank Rakyat itu ditahan di pejabatnya di Jalan Rakyat pada kira-kira pukul 1.15 tengah hari, Isnin. "Wang tunai hampir RM1 juta dalam akaun banknya telah dibekukan sementara menunggu siasatan. Kami ke pejabatnya untuk menahan beliau," katanya. Sumber it

Tengku Adnan bingung dengan Dr Mahathir…

Image
Kebanyakan pimpinan UMNO sekarang termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai sejarah panjang bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang 22 tahun jadi Perdana Menteri.Begitu juga Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang kini Menteri Wilayah Persekutuan dan Setiausaha Agung UMNO/BN. Beliau juga tentu cukup masak dengan selok belok Dr Mahathir kerana pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Kerja UMNO – jawatan yang memerlukan beliau sering jumpa bekas bosnya itu – untuk mengurus pentabiran parti. Kisah perubahan pendirian bekas Perdana Menteri itu memang sudah jadi buah mulut di kalangan pimpinan UMNO sekarang termasuk dari tidak boleh pandang langsung otai DAP Lim Kit Siang tetapi kini boleh duduk semeja kerana nak halakan senapang pada Perdana Menteri. “Dr Mahathir kini dalam dunianya yang tersendiri.Saya sudah tidak faham beliau,”kata Tengku Adnan Ahad ketika ditanya mengenai kenyataan terbarunya memohon maaf kerana dulu pinda undang-undang hadkan kuasa Raja-Raja. Meneru

Azmin jangan sempitkan pemikiran tangani masalah di Selangor

Image
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Khamis dilaporkan telah menyatakan pendirian kerajaan negeri menolak mana-mana usaha daripada Kerajaan Persekutuan membina lebuh raya baharu bagi menangani masalah kesesakan trafik di negeri ini pada masa depan. Pada pendapat saya, kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar itu adalah bersifat selektif dan tidak mencerminkan komitmen serta kesungguhan kerajaan negeri dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sedang dan bakal dihadapi oleh para pengguna jalan raya khususnya rakyat di Selangor serta Lembah Klang. Berdasarkan rekod dan statistik yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan bagi suku kedua tahun ini sehingga 30 Jun lalu, jumlah terkumpul kenderaan bermotor di Selangor direkodkan mencapai sebanyak 2,821,594 buah meliputi pelbagai jenis manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula dicatatkan sebanyak 6,180,982 buah. Selain itu, Selangor juga turut mencatatkan bilangan pendaftaran baharu kenderaan bermot