UMNO Tahu Ada 'Si Kitol' Disebalik Saman DOJ

KUALA LUMPUR: UMNO yakin wujud watak ‘Si Kitol’ yang telah membuka pintu kepada pihak luar untuk menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan saman sivil yang dikemukakan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) berkaitan skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, barisan kepimpinan UMNO akan terus kekal bersatu di bawah kepimpinan Najib dan tidak akan membiarkan pihak luar menentukan masa depan rakyat dan negara ini.

“Dalam keadaan politik hari ini kita tahu telah wujudnya watak Si Kitol yang telah membuka pintu untuk pihak luar mencampuri urusan dalam negara kita dan UMNO akan memastikan bahawa sebarang konspirasi yang melibatkan tuduhan dan dakwaan terhadap Perdana Menteri tidak akan berjaya.

“Kita juga berkeyakinan bahawa kerajaan akan menangani isu 1MDB ini dengan penuh tanggungjawab dan bijaksana serta menurut undang-undang yang sedia ada. Bahkan kita mengalu-alukan kenyataan PM bahawa kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan yang menjunjung konsep Good Governance (urus tadbir baik) dalam segala urusan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kata Annuar, tindakan tersebut adalah jelas untuk memperlihatkan kononnya UMNO kini berada dalam keadaan tertekan dan bergolak.

Lantaran itu jelasnya, ia hanyalah permainan minda pihak lawan untuk mewujudkan persepsi negatif dalam kalangan rakyat dan juga ahli UMNO itu sendiri.

“Percubaan pihak tertentu yang cuba mereka-reka cerita kononnya UMNO dalam keadaan tertekan, panik dan berpecah adalah satu percubaan mind game untuk memperlihatkan ahli dan kepimpinan UMNO dalam keadaan buntu atau tenggelam punca.

“Namun gambaran tersebut langsung tidak benar dan insyaAllah situasi seperti itu tidak akan berlaku di dalam UMNO kerana boleh dikatakan semua pemimpin dan ahli UMNO memahami apa dan siapa di belakang tabir dalam isu yang cuba dikaitkan dengan UMNO dan kepimpinannya baik di dalam mahupun di luar negara,” jelasnya.

Malah tambah Annuar, kerajaan memandang serius dakwaan DOJ dan berpendirian untuk bekerjasama dengan semua pihak dan autoriti yang sah agar penyiasatan dapat dijalankan segera serta proses Mahkamah dapat berjalan dengan adil dan menurut undang-undang yang termaktub di dalam negara.

“Begitu juga dengan dakwaan yang mengatakan bahawa kerajaan UMNO dan BN tidak memandang serius tindakan DOJ ini juga adalah tidak benar sama sekali dan kerajaan sedang meneliti perkara ini dengan secara terperinci.

“Sudah tentu proses penyiasatan dalam hal ini akan memakan masa dan kita tidak memerlukan individu atau kumpulan yang bersikap prejudis dan menyebarkan spekulasi tidak benar dalam menyelesaikan isu tersebut.

“Kerajaan memahami isu ini perlu ditangani penuh berhati-hati menurut proses undang-undang kerana wujudnya pihak tertentu  yang  dilihat bersungguh-sungguh mahu menjadikan isu ini berlaku mengikut grand design mereka yg mempunyai tujuan merebut kuasa dan mencari keuntungan politik,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana