Terdesak Sangat lah tu....1MDB: Penyata kewangan 2013, 2014 dah tak boleh pakai...

1Malaysia Development Berhad (1MDB) memutuskan penyata kewangan syarikat yang diaudit bagi tahun 2013 dan 2014 tidak harus digunakan oleh mana-mana pihak.

Menyifatkan keputusan itu sebagai langkah berjaga-jaga, ia “sehingga mahkamah undang-undang memutuskan fakta-fakta tertentu yang didakwa itu, seperti yang digambarkan dalam aduan, secara muktamad dan tidak ada pertikaian.”

Pada 20 Julai lalu Peguam Negara Amerika Syarikat mengumumkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan aduan penyitaan sivil terhadap entiti dan individu tertentu.

Pada masa yang sama DoJ memfailkan tindakan undang-undang berkaitan untuk menyita aset-aset tertentu yang dipegang atas nama pihak terbabit.

“Lembaga Pengarah 1MDB sudah mengkaji dan mempertimbangkan kandungan aduan itu.

“Sementara pihak lembaga kekal yakin tidak ada salahlaku dibuat oleh 1MDB dan penyata kewangan diaudit sebelum ini memaparkan hal ehwal syarikat secara betul dan adil bagi tempoh berkaitan, lembaga memutuskan, sebagai langkah berjaga-jaga, penyata kewangan diaudit 1MDB bagi tahun 2013 dan 2014 tidak harus digunakan oleh mana-mana pihak, sehingga mahkamah undang-undang memutuskan fakta-fakta tertentu yang didakwa itu, seperti yang digambarkan dalam aduan, secara muktamad dan tidak ada pertikaian.”

Dalam kenyataan itu, Lembaga Pengarah 1MDB mengambil peluang ketika ini untuk menyatakan bahawa mereka bersungguh mahu mendapatkan juruaudit baharu menggantikan Deloitte, yang sebelum ini memaklumkan hasrat untuk meletak jawatan pada 26 Februari 2016.

Sehingga juruaudit baharu dilantik, Deloitte masih kekal sebagai juruaudit di dalam rekod.

“Pihak lembaga menghargai profesionalisma yang ditunjukkan Deloitte sehingga kini dan ingin menyatakan bahawa Deloitte akan terus mengaudit anak-anak syarikat utama 1MDB, termasuk dan tidak terhad kepada TRX City Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Real Estate Sdn Bhd), Bandar Malaysia Sdn Bhd dan Edra Bhd.”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana