Tahu Pun Gementar!!!! Amaran mahu letak calon di semua kerusi DUN Pulau Pinang hanya teguran PAS

SHAH ALAM: Exco Selangor, Datuk Dr Yunus Hairi berpandangan amaran PAS mahu meletakkan calon di semua kerusi DUN Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) mengejut negeri itu, sekadar teguran kepada DAP.

Ujar Yunus amaran yang dilontarkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu belum muktamad berikutan masih tiada kata putus bersabit perkara itu.

Yunus menambah bukan hanya PAS, malah PKR juga menolak untuk menyokong cadangan DAP memanggil PRN mengejut di Pulau Pinang.

"Sekarang pun belum ada lagi keputusan sama ada akan berlaku pilih raya atau tidak. Saya menganggap itu sebagai satu teguran daripada Datuk Seri Hadi untuk bertanding di semua kerusi DUN di Pulau Pinang.

"Semalam pun kita dengar hasil daripada perbincangan Pakatan Rakyat secara konsensusnya mereka pun tidak bersetuju untuk PRN yang saya kira mungkin kalau itu diambil kira oleh DAP mungkin tidak akan berlaku," katanya kepada pemberita ketika sidang media 'tekat gubah bunga Tanjung terpanjang di Malaysia, di Muzium Sultan Alam Shah.

DUN Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi. 19 milik DAP, BN (10 kerusi), PKR (10 kerusi) dan PAS 1 kerusi.

Ujar Yunus lagi, beliau tidak melihat sebarang keperluan untuk kerajaan negeri Pulau Pinang mengadakan pilihan raya berasingan.

"Kita melihat bahawa sebaiknya kita berpilihan raya mengikut PRU kenapa kita perlu berkeputusan berasingan tiada keperluan untuk itu. Di Selangor pun begitu, pada saya," katanya.

DAP sebelum ini tampil dengan cadangan mengadakan PRN negeri pada hujung tahun ini, sebagai tanda protes dan mahu melihat sokongan kepada Setiausaha Agungnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dipalit dua pertuduhan rasuah.

Dua tuduhan rasuah itu adalah cubaan menukar status tanah (dari zon pertanian kepada zon komersil) dan memberli sebuah banglo di bawah harga pasaran.

Yunus dalam perkembangan lain menggesa parti pembangkang agar berhenti bergaduh sesama sendiri sebaliknya harus memandang ke hadapan dan berusaha memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Saya kira fokus kita adalah Umno BN bukan kita bertelagah sesama sendiri. Dari segi strategik kita mesti kenal siapa yang kita nak hadapi, kalau kita pun bergaduh sendiri tidak mendatangkan apa-apa faedah.

"Kita tidak tahu lagi realiti yang akan berlaku selepas ini. Apa yang pasti kita sudah lihat kejayaan sebelum ini, 2008 senarionya kita sudah tahu bukan dalan satu pakatan, tapi dalam blok pembangkang yang kita nak melawan Umno BN," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man agar diadakan gencatan senjata dalam kalangan parti pembangkang dan fokus kepada menentang Umno BN pada PRU14.

Idea gencatan senjata itu diterima banyak pihak namun ditolak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadi berkata PAS tidak perlu mengadakan gencatan senjata kerana tidak bermusuh dengan mana-mana parti malah bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak asalkan tidak menentang dasar perjuangan Islam mereka selama ini.

Ahli Parlimen Marang itu bagaimanapun tidak pula mengulas hubungan dingin PAS dengan bekas sekutu politiknya, DAP dan parti serpihan PAS, Amanah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana