'Saya telah dianiaya', dakwa Arroyo...KEna DAKWA Saja Dianiaya Lah,Konspirasi Lah

MANILA - FILIPINA. Bekas Presiden Filipina, Gloria Arroyo berkata, dirinya menjadi mangsa penganiayaan politik susulan pembebasannya selepas ditahan hampir lima tahun atas tuduhan rasuah.

Dalam komen awam pertamanya sejak dibebaskan dari hospital tentera pada Khamis selepas Mahkamah Agung membatalkan dakwaan terhadap beliau, Arroyo menegaskan penahannya adalah 'tidak adil'.

Mahkamah mendapat 'kekurangan bukti' untuk menuduh bekas pemimpin itu mencuri 366 juta peso (RM33 juta) dalam dana loteri awan untuk program amal semasa pemerintahannya antara tahun 2001 dan 2010.

"Semua perkara yang menggunakan kuasa politik untuk menganiaya musuh politik harus dihentikan.

"Saya tidak mahu apa yang berlaku kepada saya terjadi kepada musuh saya," katanya kepada stesen televisyen ABS-CNB.

Arroyo dipenjarakan pada tahun 2011 di bawah pentadbiran Benigno Aquino yang mahu menjadikan kesnya sebagai simbol kesungguhan dalam kempen anti rasuahnya.

Pemimpin Firebrand Rodrigo Duterte yang mengambil alih tampuk pentadbiran tertinggi Filipina daripada Aquino telah menawarkan pengampunan kepada Arroyo.

Aquino mempersoalkan keputusan untuk membebaskan Arroyo dan berkata, dia perlu bertanggungjawab kerana menyalahgunakan dana untuk golongan miskin.

Anak perempuan kepada bekas Presiden Diosdado Macapagal, Aroyo berkata, keluarganya juga menghadapi penindasan apabila pesaingnya memburu sekutu bapanya.

"Saya tidak mengatakan bahawa tokoh politik harus kebal dari pendakwaan, Apa yang saya katakan adalah proses ini perlu adil dan saksama," katanya

Walaupun di tahan Arroyo mengekalkan kerusi di Dewan Perwakilan dalam pilihan raya Mei, dan memenangi untuk tempoh tiga tahun.

Arroyo kembali ke kongres pada hari Isnin menghadiri pembukaan Parlimen.

Bekas presiden, yang mengalami penyakit tulang belakang dilihat memakai pendakap leher berkata dia merancang untuk pergi ke luar negara untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Arroyo berhadapan pelbagai kontroversi rasuah semasa kepimpinannya  dan pada mulanya ditangkap atas tuduhan sabotaj pilihan raya kerana didakwa bersubahat dengan pegawai pilihan raya.

Keadaan kesihatannya menyebabkan kerajaan membenarkan dia ditahan di sebuah hospital tentera.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana