Saman Sivil: 1MDB Tidak Terlibat, Tapi Dilibatkan...Inilah Jahatnya Cara Untuk MEnJatuhkan

1MDB sebetulnya tidak terlibat dalam saman sivil oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat kelmarin.  Ini merujuk kepada kenyataan syarikat itu semalam yang mengesahkan mereka tidak ada aset dan perniagaan di Amerika Syarikat.

Sebaliknya syarikat itu yang sebenarnya dilibatkan bila dana dari syarikat itu didakwa digunakan oleh 4 penama dalam saman tersebut (Najib bukan salah seorang darinya) untuk memperolehi harta-harta mewah di Amerika – setakat itu saja.  Baru nak disiasat, apa dakwa (apatah lagi salah atau tidak) pun belum.

Individu mana yang melibatkan 1MDB dalam hal ini?  Dipercayai dia adalah individu sama yang mula-mula sekali mengaitkan anak tiri Najib, Riza Aziz dengan 1MDB iaitu Mahathir.

Lagipun bukan rahsia Mahathir menghantar operatifnya ke beberapa negara luar seperti Switzerland dan Hong Kong untuk membuat laporan tentang 1MDB, perkara yang sama dipercayai berlaku dalam hal ini.  Tak hairan kenapa sensasinya tu lain macam, rupanya dalangnya dipercayai Mahathir.

Jadi tak perlu kelam kabut sangat.

Plot kisah ini sebenarnya sama saja dengan plot konon Najib akan didakwa di Mahkamah Perancis dalam isu Scorpene dulu.  Konon ada pendakwaan, Mahkamah akan sapina dan sebagainya, penyudahnya, apa habuk pun takde.  Sapina?  Dah bertahun tahun dalam perjalanan tapi masih tak sampai-sampai.

Yang ini pun sama jugalah lebih kurang.  Jadi, 1MDB tidak terlibat, nama Najib tidak terkait, apa yang nak jadi isu sangat?  Takde isu apa pun, sensasi politik semata-mata, tidak lebih dan tidak kurang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana