PKR Sudah Menjadi Serba Salah karenah DAP......?

SERIUS dan ‘berbenor’ DAP ma­hu mengadakan secara mengejut pilihan raya nege­ri Pulau Pinang. Tak ada hari lainkah?

Saling bertukar `baton’ menegakkan pendirian masing-masing sehari dua ini pula antara Ketua Menterinya, Lim Guan Eng dengan Menteri Besar Selangor dari PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Ini sehinggakan Lattheefa Koya yang mengetuai Biro Undang-Undang PKR bengang apabila `diasak’ Tony Pua.

Memang rasional mengapa PKR agak cuak untuk menjayakan agenda DAP ini. PKR belajar dari dua pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar bulan lalu. Tanpa Pas bersama dalam pakatan pembangkang, PKR akan tempang untuk pertahankan 10 kerusi yang dimilikinya di Pulau Pinang.

PKR tidak boleh mengharap­kan PAN. PAN diketuai bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu baru setahun ja­gung. Belum buktikan apa-apa. Di Sungai Besar, PAN walaupun mengatasi undi Pas (6,902 undi), hanya sekadar meraih 7,609 undi ditinggalkan jauh oleh Barisan Nasional yang memperoleh 16,800 undi.

Di Kuala Kangsar demikian juga. PAN tercorot dengan meraih 4,883 undi berbanding BN (12,653) manakala kedua, Pas 5,684.

Itu belum lagi dikira rekod semasa pilihan raya negeri Sarawak Mei lalu dengan PAN kalah di kesemua 13 kerusi yang ditandingi termasuk sembilan calonnya hilang wang deposit RM5,000.

Rekod PAN yang tercalar tentu sekali akan dinilai oleh rakyat dan pengundi di Pulau Pinang, sementelahan dikatakan kemenangan PKR di negeri itu dalam pilihan raya umum 2013 banyak dibantu oleh jentera pilihan raya Pas.

DAP lainlah. Walaupun bakal menerima saingan sengit daripada MCA dan Gerakan andai diteruskan juga pilihan raya mengejut ini, parti `Dinasti Lim’ itu dijangka tidak berdepan masalah untuk mempertahankan 19 kerusinya yang sedia ada.

Kalau demikianlah perki­ra­annya, nampaknya PKR yang rugi, terkontang-kanting. Akan hilang secara tiba-tiba pula sebahagian besar daripada 10 kerusi yang dimiliki dalam tempoh dan suasana yang belum lagi ditetapkan pilihan raya umum ke-14.

Inilah yang dibimbangi oleh Mohamed Azmin yang turut berdepan `kocakan’ saingan daripada Presidennya sendiri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Selangor. Namun Guan Eng tidak kisah pasal itu, dia pakai `redah’ sahaja.

Hakikatnya pilihan raya mengejut sebegini tidak perlu di Pulau Pinang buat masa ini kerana mandat kerajaan memerintah sedia ada akan tamat sekitar Jun 2018.

Sepatutnya DAP Pulau Pinang mengadakan segera satu mesyuarat tergempar untuk menentukan nasib Guan Eng.

Bukannya dengan memanggil satu pilihan raya negeri yang kosnya akan melebihi RM100 juta yang merupakan duit rak­yat hanya semata-mata untuk ‘membela’ Guan Eng’.

Guan Eng sepatutnya mengemukakan bukti-bukti di mahkamah untuk menentukan nasibnya sendiri.

Bukannya rakyat Pulau Pinang dan rakan sekutu DAP iaitu PKR dan PAN yang terpaksa memikul batu jemala itu.

Zulkifli Jalil
Utusan

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana