PKR, DAP sindir-menyindir....Padan Muka Sehingga Lathefa Koya Pening Pala Dibuatnya

PKR dan DAP saling menyindir antara satu sama lain dengan menjadikan media sosial sebagai gelanggang, berhubung isu pilihan raya mengejut di Pulau Pinang.

Terbaharu, Penasihat Undang-Undang PKR, Latheefa Koya dan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua, menjadikan laman Facebook sebagai tempat mengeluarkan kenyataan sindiran itu.

Tegas Latheefa yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat PKR, parti itu tidak boleh terus bersetuju dengan segala permintaan rakan sekutunya, selain turut mempersoalkan siapakah individu pertama mendedahkan mengenai pilih­an raya mengejut tersebut.

“Pertamanya betulkan kenya­taan anda, siapa secara bersendirian umumkan pilihan raya mengejut? Siapa secara sendirian mengumumkan terkuburnya pakatan rakyat? Siapa yang umum pembentukan pakatan harapan kepada media sebelum keputusan muktamad?

“Jangan menjerit sewaktu terjun dan kemudian mengharapkan kami menjelaskan berapa tinggi,” katanya dalam catatan Facebooknya yang dipetik daripada portal online The Star, di sini hari ini.

Sindiran itu dipercayai sebagai membalas kenya­taan awal Tony, yang juga menggunakan Facebook bagi meluahkan kekecewaannya dan pada masa sama bertindak menyindir ‘kawan’ politik yang tidak membantu di kala DAP memerlukan sokongan.

Menurut Pengerusi DAP Se­langor tersebut, ketika partinya mengharap­kan sokongan, rakannya yang diharapkan bukan sahaja dilihat tidak membantu, malah mendedahkan segalanya kepada media.

“Kadangkala, anda tertanya-tanya jenis rakan yang anda miliki. Apabila mereka berada dalam krisis, anda menyokong mereka.

“Kemudian pada suatu ketika di mana kami menghargai sokong­an mereka, mereka membocorkan segala-galanya kepada media terlebih dahulu,’’ kata Tony.

Sementara itu carian Utusan terhadap entri terbaharu Latheefa dalam laman Facebooknya gagal menemui kenyataanya. Hanya entri Tony yang ditemukan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana