PKR Dalam Dilema Antara Selamatkan Lim Guan Eng Dan Kehilangan Kerusi

ISU Pilihan Raya Negeri mengejut Pulau Pinang mendedahkan pakatan harapan yang terdiri dari DAP, PKR dan PAN tidak sehaluan dalam banyak perkara. Akhirnya agenda peribadi setiap parti tersebut akan menentukan arah matlamat gabungan parti-parti pembangkang tersebut.

Baru-baru ini, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua meluahkan rasa kecewanya dengan PKR yang dilihat tidak menyokong mereka untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang. Malah Tony Pua mengungkit isu sokongan yang DAP hulurkan ketika PKR sedang menghadapi krisis. Mungkin Tony Pua maksudkan krisis pertukaran menteri besar Selangor yang dicetuskan oleh “Langkah Kajang”.

Kita tahu bahawa jika ada kebaikan yang DAP hulurkan, sudah pasti mereka mahukan “imbuhan” atau balasan. Dengan kenyataan Tony Pua tersebut membuktikan bahawa kini mereka menuntut PKR membalas jasa mereka dahulu dengan membantu DAP yang memerlukan sokongan apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah didakwa mengikut Seksyen 23 dan Seksyen 165 Akta Pencegahan Rasuah. Pertuduhan pertama adalah mengenai kelulusan permohonan Magnificent Emblem untuk menukar tanah pertanian kepada kediaman. Dakwaan yang kedua adalah berkaitan dengan pembelian rumah banglo di bawah harga pasaran.

“Kadang-kadang, kita tertanya-tanya, apa jenis rakan yang kita ada. Apabila mereka dalam krisis, kita ke hulu dan ke hilir menyokong mereka ke hulu, tanpa mengira apa yang bakal berlaku.

“Tetapi apabila tiba masa kita perlukan sokongan, mereka bocorkan segala-galanya terlebih dahulu kepada media, meninggalkan kita dalam keadaan telanjang sepenuhnya.

“Ataupun mengumumkan kepada dunia secara terbuka sebelum mereka berbincang dengan kami,” kata Pua dalam akaun Facebooknya pada Rabu.

PKR masih tidak membuat keputusan berkenaan cadangan DAP yang mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi membolehkan pilihan raya awal diadakan. Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti itu masih tidak yakin mengenai keperluan untuk mengadakan pilihan raya di Pulau Pinang.

Malah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berpendapat pembangkang berisiko hilang kerusi jika pilihan raya mengejut diadakan di Pulau Pinang. Berdasarkan dengan kemungkinan tiga penjuru yang secara teorinya, pembangkang tidak akan mampu mengalahkan Umno.

Adakah ini bermaksud bahawa PKR menolak cadangan DAP untuk mengadakan pilihan raya negeri mengejut Pulau Pinang? Sebelum ini mereka hanya berkata masih tidak yakin pada keperluan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang.

Baru-baru ini, dua pilihan raya kecil telah menunjukkan bahawa persaingan tiga penjuru telah “membenamkan” pembangkang. Malahan PRN Sarawak yang memberikan kemenangan besar kepada Barisan Nasional turut dilihat menyumbang kepada perasaan “gementar” PKR ini.

DAP berminat mengadakan PRN mengejut itu sebagai satu referendum berkaitan setiausaha agungnya yang juga ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung tuduhan rasuah terhadapnya. PRN mengejut di Pulau Pinang dilihat sebagai satu cara untuk mengukuhkan kedudukan Lim, berikutan tekanan ke atasnya supaya meletakkan jawatan selepas dia didakwa dengan tuduhan jenayah rasuah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana