Pemimpin DAP sindir 'kawan tak boleh harap' di facebook...Inilah DIkatakan Buruk PErangai PEmimpinan DAP

Tak perlu tanya lagi siapa 'kawan' yang dimaksudkan dalam status facebook Pengerusi DAP Selangor Tony Pua petang Rabu.

Sah-sah sindiran tersebut ditujukan kepada PKR, yang merupakan rakan kongsi DAP di Selangor dan Pulau Pinang.

“Kadang kala anda terfikir apalah jenis kawan yang anda miliki. Apabila mereka dilanda krisis, anda menyokong mereka tanpa soal, walau apapun bahana yang datang,” katanya.

“Kemudian apabila giliran anda pula memerlukan sokongan, mereka menceritakannya di media dahulu, menyebabkan anda terlondeh.

“Atau mengumumkanya secara terbuka ke seluruh dunia, sebelum memberitahu anda dahulu,” tambahnya Pua.

Luahan perasaan ini mungkin komen tersirat terhadap perhubungan dengan PKR, rakan DAP dalam Pakatan Harapan, yang tidak yakin dengan cadangan mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang “kerana tidak yakin dengan matlamatnya.”

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, partinya membuat keputusan itu selepas satu mesyuarat yang juga mengambil kira pendapatan masyarakat umum.

Rakan ketiga dalam Pakatan Harapan, PAN menyatakan ia sokong syor DAP mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP sangguh memberi ruang sewajarnya kepada PKR untuk mencapai keputusan tetapi ia tidak boleh ditangguh terlalu lama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana